Seuntai Kenangan


Salam…hari ini mungkin kita boleh ketawa, boleh senyum dan boleh bergurau senda bersama orang yang kita sayangi dan cintai…Masih ada waktu bagi kita untuk mohon maaf dan bermesra dengan mereka. Namun, tiba satu hari nanti kita akan hilang semua nikmat yang Allah beri pada kita. Bagi yang bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmatNya pada mereka namun bagi yang kufur, nantikanlah azab Allah yang amat pedih. Semasa berkata kadangkala mulut berbicara tanpa kita duga, semasa bergurau kadangkala hati terguris tiada siapa yang nampak lukanya. Hati-hati bila berkata-kata kerana ia bisa mengundang bahaya dan hati-hati bila bergurau kerana ia juga bisa mengundang malapetaka. Jika kita bersalah pada Manusia, mohonlah maaf padanya dan sebelum kita tidur jadikan amalan memaafkan semua orang sebelum tidur…InsyaAllah tidur kita akan tenang. Selagi masih ada waktu dan selagi matahari masih mampu menyinar, Ingatlah pintu taubat Allah terbuka seluas-luasnya pada hambaNya yang ingin kembali ke pangkal jalan. Sejauh mana kita berlari, kita tidak akan sempurna melainkan kita berusaha untuk memperbaiki diri. Usah menoleh ke belakang kerana di hadapan sudah terpapar kejayaan…usah merasa lemah kerana hanya orang yang kuat dan berusaha akan berjaya. “Terus Berlari dan Terus Mencari CINTA ILAHI kerana selagi nafas dihela selagi itu DIA masih bersama Kita”

NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s