Kisah ku Tinta buat Semua…


~Salam Rindu dariku buat semua~

“Abang, cinta tu betul ke?”, tanya seorang pemuda memandang tepat ke mataku.
“Em, soalan favourite ni…”, bisikku dalam hati.
“Saya rasa cinta tu macam main-main je”, sentap pemuda itu lagi.

Saya terpukul untuk bertanyakan soalan pada pemuda tersebut.
“Mengapa kamu berkata begitu, adakah kamu ada penjelasannya?”, kata saya dengan nada memujuk.
“Entahlah, saya rasa keliru dan buntu dengan cinta yang saya miliki sekarang…” jawabnya.
“Saudara, cinta itu bukan milik kita”, jawab saya ringkas.
“Maksud abang?” tanya pemuda tadi inginkan kepastian.

“Begini wahai adikku, cinta ini Anugerah Allah bukan hakmilik kita. Cuba adik lihat dari hujung rambut adik sehingga ke hujung kaki adik, mana satu hakmilik kita?” tanya saya ingin dia berfikir sejenak.
“Tidak ada…” tunduk lesu.

Saya pandang tepat ke arah mata pemuda tadi sambil berkata:-
“Sebab itu bila cinta datang dalam diri kita ucapkanlah Alhamdulillah tanda kita bersyukur kerana Allah menganugerahkan kita cinta dan itu tandanya kita ini normal kerana dapat merasai cinta. Ianya sifat semulajadi manusia sejak kita dilahirkan ke dunia dan ia juga adalah fitrah yang amat-amat berharga untuk diri kita”.
“Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku cinta…”, doa pemuda tadi dengan penuh rasa bersyukur.

~InsyaAllah, saya akan sambung cerita ini lagi di tinta yang berikutnya tentang cinta suci dan cinta tidak suci…~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s