Cinta Suci dari Ilahi


Cerita ini sambungan dari nukilan saya yang lepas…

Saya merenung mata pemuda tadi dalam-dalam bagai ada suatu persoalan yang ingin ditanyakan tetapi tidak terluah dek kata-kata. Saya lantas menyapa….

“Adik, mengapa termenung?”, sapa saya lembut.
“Tak ada apa bang….”, dia menjawab dengan nada lemah.
“Jika adik ada apa-apa yang ingin ditanya, silakan…”, terang saya.
“Ya, saya ada nak tanya ni…cinta itu suci ke bang?”, soal pemuda itu inginkan kepastian.
“Ya, suci dan murni…”, jawab saya ringkas.
“Buktinya?”, ingin kepastian.

Saya terus berfikir dan berfikir untuk menjawab soalan pemuda tadi….

“Em, begini dik…Cinta ini datang dari Allah, sudah semestinya anugerah yang amat berharga dariNya untuk kita yang sering leka dan alpa dengan nikmatNya. Bila kita mencintai seseorang kerana Allah pasti ianya cinta suci namun jika kita mencintai seseorang kerana nafsu, harta atau rupa pasti ia takkan kekal lama…maka Nabi s.a.w berpesan carilah yang mempunyai AGAMA kerana dalam agama ISLAM itu telah lengkap segala-galanya. Cinta dari dahulu hingga kini tetap suci namun bagaimana cara kita memandunya, itu terpulang kepada kita. ISLAM tidak menghalang umatnya bercinta namun perlu dikawal agar cinta yang kita bina itu tidak melebihi CINTA TERAGUNG….”
“Emmm…terima kasih bang…saya berharap agar cinta yang saya bina ini akan diredhainya”.
“Sama-sama, insyaAllah…Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya”, kata-kata saya mengakhiri perbualan.

~Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa…sejak lama sampai kini tetap suci dan abadi…takkan hilang selamanya sampai datang akhir masa…renungkanlah…~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s