Hijrah SATU PERJALANAN…



Assalamualaikum…
Pagi tadi saya diterjah pelbagai persoalan yang meruntun jiwa. Namun, saya cuba untuk mengenali apakah sebenarnya yang bermain di fikiran sehingga membuat saya dihimpit pelbagai andaian yang mampu merobek sifat kesabaran saya. Alhamdulillah, dengan izinNya saya telah dapat mengawal serta memperbaiki apa yang berlegar-legar di benak fikiran saya. Itulah salah satu HIJRAH! Setiap kali bermulanya Hijrah dalam bulan MUHARRAM, telinga saya akan ligat berputar tentang lirik lagu yang telah berjaya memikat hati pendengar. “Satu Muharram Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah, Perpindahan Nabi dan Umat Islam, Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah”. Sungguh terkesan lirik lagu ini sehingga bisa tersemat di celahan bibir setiap orang yang mendengarnya. Pagi tadi, saya berkesempatan mengadakan meeting bersama Residen Pusat Khidmat AADK. Sambil berkongsi tentang, Apa itu Hijrah?. Alhamdulillah, mereka memberi makna Hijrah dengan begitu bersungguh dan santai. Ada yang kata, “Encik, Hijrah itu pengorbanan….perubahan dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik…Hijrah mengajak kita berubah!!!” Itu kata mereka, saya hormati pendapat mereka. Namun, saya nukilkan pada anda semua Hijrah SATU PERJALANAN!!!

Dari dahulu sehingga kini, perjalanan itu mempunyai misi dan visi yang tersurat. Sehingga kadangkala kita lupa bahawa Hijrah juga ada yang tersirat. Bila sebut pasal Hijrah, ramai di antara kita akan mengatakan hijrah adalah suatu perubahan. Benar, namun usah kita leka dengan cabaran dan dugaan yang bakal kita tempa kerana sejauh mana pun kita lari, sedalam mana kita sembunyi dan setinggi mana kita daki, kita tetap memegang Kalimah ISLAM. Selamanya ISLAM di hati manusia yang inginkan redha dan rahmat dari Yang Maha Esa. Perlu diingat, selagi kita bernafas kita masih berjalan dan akan terus berjalan mencari redha ilahi. Perjalanan manusia akan tamat setelah nafas yang dihela terputus dari jasad. Perjalanan kita masih jauh, perjalanan kita masih berliku, perjalanan kita masih berduri.

Sejenak Menggengam Azam,
Selamanya Cinta Tetap Mendalam,
Di Jiwa Tersemat Keutuhan Doa,
Satu Perjalanan Seribu Dugaan,

Teruskan Berlari Mencapai Matlamat,
Usah Berhenti Hingga Berjaya,
Menghela Nafas Sejuta Nikmat,
Tekad Terpahat kukuh Selamanya…

Moga Tercapai Impian Membara,
Redha Dengan Segala Ujian,
Setiap Detik Amat Berharga,
Benar! Hijrah Itu SATU PERJALANAN…

Salam MAAL HIJRAH 1432H UNTUK SEMUA!!!

Nukilan,
Sang Penyair a.k.a NicenizaR

One thought on “Hijrah SATU PERJALANAN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s