SATU RASA DUA JIWA


“Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama, nescaya berkatlah tanganmu (hidupmu)”
{ Riwayat Bukhari & Muslim }

Cinta, Mungkin pelbagai andaian yang timbul bila di utarakan. Bermacam-macam jawapan akan timbul tentang apa itu Cinta? Salahkah Bercinta? Sudah bersediakah aku bercinta?. Itulah antara soalan-soalan yang sering timbul di fikiran sehingga kadang-kadang sesetengah dari kita sudah letih memikirkan cinta. Jika dilihat dari sudut yang lebih fokus, cinta banyak maknanya samada yang tersirat atau tersurat. Kadangkala cinta mengajar erti persahabatan dan kadangkala cinta juga bisa mencipta permusuhan. Namun, CINTA adalah lebih indah dan abadi berbanding dengan cinta. Yang tersurat akan dierat dan yang tersirat pula akan diikat. Seandainya cinta mampu berkata-kata pasti ianya satu nasihat dan seandainya cinta mampu berbisik pasti ianya suatu rahsia. Jika cinta hadir dalam diri, bersyukurlah kerana itu adalah perasaan semulajadi yang ada pada insan yang normal. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ”Sayangilah siapa yang ada dibumi, nescaya kalian akan disayangi siapa sahaja yang ada di langit”.

Hakikatnya, cinta tidak boleh berkata-kata dan juga berbisik namun cinta boleh dirasa oleh insan yang mengharapkan kasih dan sayang. Jika baik apa yang dirasa, baiklah segalanya. Namun jika buruk apa yang dirasa itu adalah nafsu dan noda. ”Di antara dua kasih, di maqamnya yang berbeza, mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara…lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman…namun nafsu menodainya…”. Sedarlah, kerana hakikat cinta itu sangat-sangat bernilai bagi orang yang ingin memeliharanya dengan baik dan dibajainya dengan subur kerana terkadang kasih kita sesama insan bisa mengundang keredhaan tuhan, jika insan menghargainya dan memuliakannya.

If I were a bird…
If I were a bird…
I would be singing in the sky
and I would try to entertain all people

If I were a bird…
I would be a beautiful bird
and I need to find many friend

If I were a bird…
I would be a meaningful bird
and be valuable to all mankind

If I were a bird…
I would see a peaceful world
and I want to be loyal and sucessful

If I were a bird…
I would be a good and happy bird
because if I die, I want freedom

*Begitulah manusia sering tertipu dengan cinta palsu yang dimiliki…usah terpedaya…Kita Ada DIA kerna Semua yang diberi hanya pinjaman semata-mata…bila DIA beri cinta pada kita, sesungguhnya bersyukurlah kerna kita akan dipelihara oleh CINTA Yang Kekal Abadi…Ingat, CINTA akan datang pada insan yang benar-benar bersedia mendampinginya…*

Salam dari,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s