BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!


“Kala senja itu tiba, ku termenung sendirian…Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan, dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran…Masihkah ada untukku keampunan…” bait-bait lirik lagu Mentari Hidup kedengaran di corong komputer ribaku..sungguh menyentuh naluri dan jiwa setiap orang yang menghayatinya. Terasa kerdil rasanya diri ini. Teringat satu kata-kata hikmah, “Tiada Apa Yang Dapat Dibanggakan Lagi Bila Berada Di Hadapan Allah S.W.T Kelak.” Kini, berbekalkan kudrat dan semangat dariNya, saya menyusun ilham menukil kata untuk berkongsi tentang sebuah kisah masyarakat yang sering lupa untuk kembali ke pangkal jalan. Maka terbitlah sebuah sentuhan rasa bertajuk “Bertaubatlah Sebelum Terlambat!”

Melihat jam di tangan sudah menunjukkan tepat pukul 7 pagi, hari ini saya berazam ingin menjadikan hidup ini lebih ceria dan gembira. Bergegas turun dari tingkat 5 rumah dan menghidupkan enjin motorsikal serta membaca DOA memohon agar dipelihara olehNya sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Teringat saya kata-kata teman serumah, “Kerja itu Satu Ibadah…Senyum itu Satu Sedekah”. Begitu mudah ingin mendapat pahala. Perjalanan ke pejabat saya mengambil masa kira-kira 15 minit. Alhamdulillah, berkat DOA dan YAKIN padaNya saya tiba di pejabat tepat jam 7.28 pagi. Memulakan tugasan dengan menulis catatan di buku jurnal harian sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan hari ini.

Saya sempat menjengah ruang tamu dan terdengar dua orang wanita sedang berbual tentang taubat. Menarik! Saya sungguh tertarik mendengar dan adakalanya terpanggil untuk melibatkan diri sekali bersama mereka.

“Letihlah macam ni, taubat dah banyak kali tapi hati masih tidak tenang…” luah wanita separuh usia.
“Kalau macam tu, tak perlu taubat…tak guna pun…hati kau takkan putih balik” kata kawan wanita tersebut.
“Betul ke macam tu?” wanita tua itu kehairanan.
“Betul, kau pun dah taubat banyak kali kan, tapi tak ada perubahan. so, jalan terbaik tak perlu bertaubat lagi..” ujar wanita yang seorang lagi.

“Usah Putus Asa Makcik…” kata saya ringkas.
“Mengapa cik kata begitu? saya dah penat cik, beribu-ribu kali saya dah bertaubat, solat malam tapi natijahnya hampa….saya langsung tidak tenang…” jawab wanita tua itu.
“Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Hambanya…” saya tersenyum.
“Mengapa cik kata begitu, jika Allah Maha Mengetahui kenapa DIA tak beri saya ketenangan seperti yang saya inginkan…” Keluh wanita itu dengan nada lemah.
“Makcik, taubat itu bukan dilihat dari sudut berapa kali kita bertaubat (Kuantiti) namun ia dilihat dari sudut seberapa ikhlas taubat yang kita lakukan (Kualiti). Allah beri ketenangan pada orang yang mengabdikan diri kepadanya semata-sama kerana CINTA yang tulus dan ikhlas bukan apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui kerana DIA Maha Mengetahui Segala tiap-tiap Sesuatu.” terang saya dengan nada memujuk.
“Betul kata cik. Jadi, bagaimana ingin saya lakukan selepas ini?” soal wanita itu kepada saya.
“Kembali semula kepadaNya…” jawab saya ringkas.
“Ye, saya faham maksud cik..terima kasih kerana menyedarkan saya..”Kata wanita itu sambil tersenyum.
“Sama-sama makcik, saya hanya betulkan apa yang silap. Kita hanya manusia yang sering alpa dengan tipuan DUNIA.” kata saya mengakhiri perbualan.

Barangkali kita terlepas pandang, kita sering jatuh dan sering penat memikirkan mengapa ketenangan itu bukan milik kita. Harus diingat, semua di dunia ini Milik Allah Yang Maha Kuasa. Perlu difikirkan kita hanya musafir di bumi Allah ini dan dipinjamkan nyawa olehNya seketika sahaja, bila sampai masa tidak kurang sesaat dan tidak juga lebih sesaat kita akan dipanggil oleh Allah s.w.t. Moga kita sedar akan pintu taubat Allah masih terbuka sehingga nyawa dihujung nafas dan tatkala itu taubat kita hanya sia-sia sahaja. Oleh itu, sedarlah dan bangunlah moga kita terus menjadi hamba yang taat pada perintah Allah Yang Maha Esa. Ingatlah, BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s