SAYU MELIHAT DIRIMU…


“Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat…Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami…” pagi-pagi lagi saya sudah bersemangat menuju ke Pusat khidmat AADK WPKL. Hari ini ada lawatan ke Rumah Solehah, tak sabar rasanya ingin melihat kanak-kanak di sana. Bertolak dari Pusat Khidmat pukul 9.45 pagi dan tiba di Rumah solehah 10.45 pagi. Alhamdulillah, tiba di sana kami di sambut dengan ceria dan dengan penuh gembira. Hati saya terdetik, “Aku ingin kongsikan detik-detik ini bersama mereka yang ingin merasakannya.” Lalu, saya berkesempatan menukilkan sebuah luahan rasa “RUMAH SOLEHAH, MASIH ADA YANG SAYANG” ~Sayu Melihat Dirimu~

Melangkah kaki masuk ke Rumah Solehah, saya ditegur oleh seorang kanak-kanak…
“nak dukung…” katanya manja.
“kejap lagi ye dik…” jawab saya lembut.

Kami diterangkan oleh Matron Fadzilah Abd Hamid selaku Exco Member & Trainer di Rumah Solehah. Rumah Solehah ialah tempat perlindungan untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa HIV kerana ingin memulakan hidup baru. Saya rasa sebak, sayu namun saya kagum ada yang MASIH SAYANG! Mereka tidak berdosa, mereka teraniaya. Berkesempatan bergurau dengan mereka, hati saya luluh dan sayu melihat mereka kerna disebalik wajah ceria mereka tersimpan sejuta duka. Saya sedar, bukan niat mereka ini dilahirkan begini. Namun, inilah tugas kita sebagai saudara dan masyarakat…usah menyisihkan mereka sebaliknya hulurkanlah tangan kepada mereka supaya kita sama-sama dapat membimbing mereka. “Tuhan menyayangi mereka yang menyayangi hambaNya yang lain”

Kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari kanak-kanak Rumah Solehah dengan dua buah lagu nasyid. Sebuah lagu arab dan sebuah lagu melayu. Makin meruntun jiwa saya mendengar mereka menyanyikan lagu “Keluarga Bahagia”. Sungguh terkesan di jiwa setiap orang yang mendengar ketika itu…”Oh Ayah Oh Ibu…Dengarlah Rintihan Dan Luahan Hatiku Yang Dahaga Kasih…Jiwaku Merasa Terseksa…Ketandusan Kasihmu…Marilah Kita Bina, Bersama-sama…Keluarga Bahagia”.

Benar, mereka perlukan kasih sayang. Kata Matron Fadzilah, mereka suka bila insan bernama lelaki datang kerana mereka kurang Figure Father. Oleh kerana itu, mereka manja bila bertemu dengan lelaki yang datang melawat. Sungguh, memang menyentuh hati saya! Mereka hari-hari ketawa dan senyum juga gembira namun disebaliknya hanya Allah Yang Maha Mengetahui isi hati mereka. Saya yakin, di luar sana Masih Ada Yang Sayang kerana selama 11 Tahun Rumah Solehah bertapak, itulah pahit manis membesarkan mereka. Saya harapkan semoga mereka terus di ajar tentang segalanya tentang kehidupan kerana di hadapan sana masih banyak ranjau yang perlu di terokai. Justeru itu, saya doakan semoga mereka bisa berlari walaupun kaki mereka diikat lagi! Terimalah SAYU MELIHAT DIRIMU!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s