BERBICARA DENGAN ALAM


Assalamualaikum w.b.t Buat Semua yang mengenali diri ini…pagi tadi, seperti biasa saya ke Pejabat AADK WPKL pukul 7.10 untuk memulakan tugas setelah berehat di Perak selama dua hari. Seronok dan gembira berada di sana kerana banyak tempat-tempat yang menarik sempat saya lawati bersama Insan Yang Tersayang. Namun, tugas sebagai Pegawai Khidmat Singkat (PKS) di Pusat Khidmat AADK WPKL hampir ke penghujungnya. Jika ada rezeki saya akan disambungkan kontrak untuk setahun lagi, Insya-Allah. Hari ini, seperti hari-hari yang sebelum ini saya melangkah ke Pejabat dengan rasa seronok, ceria dan gembira. Tak tergambar dek kata-kata kerna saya berpeluang menyusuri sisa-sisa perjuangan “bekas pengguna dadah” yang tegar. Sedikit sebanyak dapat membantu saya menyelami tentang jiwa mereka serta membina rapport bersama mereka dalam membantu proses kepulihan diri mereka. “Jika Benar Bagai Dikata, Nantikan Saja Kisah dan Bicara!”.

Sejurus masuk ke bilik seminar, saya melihat suasana suram menyelubungi diri tiap-tiap seorang yang berada di situ. Kadangkala ketawa itu perlu untuk mengubat duka nestapa dan adakala menangis juga perlu untuk menenangkan jiwa yang gundah gulana. Saya terfikir, mengapa terjadi sedemikian? apa yang mereka mahu? Maka, terlintas di fikiran rakan saya…..

“Saya rasa kita perlu bawa mereka release tension di Air Terjun”, Kata kawan saya.
Idea yang bernas, bisik hati saya….

Sekali sekala kita perlu berbicara dengan flora dan fauna kerana itu adalah anugerah Allah s.w.t kepada kita. Tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, bukit-bukau, air sungai dan haiwan-haiwan serta semua makhluk ciptaan Allah akan berzikir dan bertasbih memuji Kebesaran serta Keagungan Ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Maka terbitlah idea untuk menukilkan sebuah “Buah Tangan” untuk semua yang sudi membaca “BERBICARA DENGAN ALAM”

Percaya atau tidak, kadangkala manusia lupa dan adakala sering alpa yang mana Alam ini bisa berbicara dan mendengar rintihan manusia. Oleh kerana itu, Alam ciptaan Allah s.w.t ini bisa memberi satu ketenangan dan wadah pemangkin untuk seseorang berfikir betapa hebatnya Alam ciptaan Allah s.w.t ini. Buktinya, setiap planet bergerak mengikut paksinya. Manusia sering takbur dan bongkak sedangkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya milik Allah s.w.t. Tidak ada milik kita langsung dan semua itu adalah pinjaman dari Allah s.w.t kepada hambanya. Seandainya kita bersyukur, DIA akan tambah nikmat kepada kita dan jika kita kufur maka ketahuilah azab Allah s.w.t amat pedih.

Manusia perlu sedar dan sabar dengan ujian ALLAH kerana hanya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. SABAR itu bukan mudah namun SABAR itu tersimpan sejuta hikmah yang manusia tidak tahu. Mungkin sekali, dua kali kita mampu bersabar….namun, tiga kali? empat kali? bagaimana?
Fikirlah, kita sebagai manusia tidak akan sempurna selama-lamanya namun apa yang mampu kita lakukan ialah berubah menjadi lebih baik.

Lukislah ruang jiwa ini,
Dengan pena di jari,
Dengan dakwat sejati…

Lakarlah relung hati ini,
Dengan sejuta semangat,
Dengan Seribu tekad…

Moga ia menjadi Lembaran…
Sebuah naskah yang terpendam…
Untuk menanti ilham di masa depan…
Untuk menukil kata di dinding harapan…
Sebuah rakaman kata berdendang…
Inilah sebuah nukilan perasaan…
BERBICARA DENGAN ALAM!

NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s