Masih Belum Terlewat


Assalammualaikum, Diharapkan semua dalam keadaan sihat hendakNya. “Masih Belum Terlewat”, begitulah tajuk nukilan saya hari ini. Beberapa hari yang lalu, negara digemparkan dengan sebuah fenomena yang mengejutkan pelbagai pihak. Fenomena itu adalah kes kematian bayi angkara ‘kecuaian’ manusia sendiri. Sedih dah tidak mampu diingati. Bayi yang kecil itu diberi peluang sebentar sahaja untuk melihat DUNIA yang indah ini. Semua ini Takdir Allah, namun manusia diberi pilihan untuk memberikan sesuatu yang terbaik dalam hidup mereka. “Manusia sering diberi peluang, namun manusia juga sering lalai untuk menggunakan peluang yang ada.”Ingat, manusia sering jemu memberi kita peluang, namun Allah tidak sesekali jemu memberi kita peluang untuk BERUBAH! Justeru itu, MASIH BELUM TERLEWAT Mengejar PINTU TAUBAT!

Baru-baru ini, mak saya telah menghadiri satu majlis kenduri di Taman Perumahan kami. Selepas pulang ke rumah, saya terkejut mendengar apa yang telah diceritakan oleh mak saya. Kenduri itu diadakan kerana cucu kepada makcik tersebut baru saja meninggal dunia 3 hari lepas angkara ‘kecuaian’ manusia! Tersentap mendengar kisah ini. Sedih sangat…

Kisahnya, bayi yang berumur 2 bulan ini, saya percaya anda semua dapat bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh bayi yang berumur 2 bulan ini. Penjaga bayi tersebut memberi susu botol pada bayi tadi dan meninggalkan bayi tersebut di dalam buaian tanpa melihat dan memerhatikan keadaan bayi tersebut sedangkan si penjaga tadi mandi di bilik air. Selang beberapa minit, ibu si bayi tadi pulang dari kerja dan bergegas ingin mengambil bayi tersebut. Maka, diberitahu kepada si penjaga dimana si ibu tadi ingin mengambil bayi tersebut untuk dibawa pulang. Alangkah terkejutnya hati si ibu, melihat wajah bayi tersebut KEBIRUAN…luluh hati seorang ibu yang melihat kejadian itu di depan matanya. Si bayi tadi tercekik susu yang diberikan oleh si penjaga tadi tanpa diperhatikan oleh si penjaga. Itulah kisah ‘kecuaian’ manusia.

Fikiran saya masih ligat memikirkan tentang bagaimana cara terbaik untuk mengatasi sikap ‘cuai’ di kalangan manusia masa kini dan mengapa terjadi sedemikian. Tiba-tiba saya di sapa oleh seorang kakitangan di tempat saya bekerja. Beliau sudah berusia, banyak pengalaman yang telah beliau lalui dan soalan yang beliau utarakan kepada saya ialah,
“Nizar, mengapa sekarang banyak kematian yang berlaku angkara ‘kecuaian’ manusia? maksud saya seperti yang kita baca di akbar, bayi mati angkara penjaga. Ada yang tercekik, jatuh dari buaian dan ada yang lemas kerana terhempap bantal ketika tidur.” tanya pakcik tadi kepada saya.
em…tersentak sebentar…soalan yang benar-benar menguji ruang fikiran saya….
“Mungkin mak dia tak jaga agaknya…”jawab saya ringkas…
“Em, bagus jawapan awak. Itulah sebenarnya yang perlu kita fikirkan sekarang. Manusia sudah lupa pada tanggungjawab mereka sendiri. Saya rasa, jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan ibu yang melahirkan bayi tersebut sendiri yang menjaga dan mengasuh bayi itu. Ini kerana, ibu tadi adalah insan yang paling dekat dan akrab dengan bayi tersebut. Tidak dinafikan, zaman sudah berubah namun kita harus berubah selagi BELUM TERLEWAT. Memanglah jika dilihat, wanita ada yang ingin bekerja dan anak-anak boleh dihantar ke rumah asuhan namun sampai bila? cuba renungkan….Bukankah, isteri yang mengasuh anak-anak dan menjaga rumah tangga serta menjadi pengasuh dan permaisuri dalam rumah SUAMI itu lebih baik dari isteri yang bekerja di luar dan akhirnya isteri tadi hanya ada beberapa jam sahaja untuk melihat anak-anaknya membesar. Inilah yang perlu difikirkan bersama.

Luangkan banyak masa bersama di rumah bersama keluarga. Pergilah bercuti, berjalan melihat keagungan ciptaan Allah Yang Maha Hebat. Semakin banyak kita berkelana, semakin banyak pengetahuan yang kita akan dapat. Moga nukilan saya ini, sedikit sebanyak dapat memberi input-input untuk manfaat bersama. Selagi masih ada masa, pulanglah ke pangkal jalan…masih terbuka lagi pintu taubat kerana MASIH BELUM TERLEWAT!

~Lafazkan rasa cinta, andainya sudah ditakdir….Tadi Subuh Yang Terakhir~

NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s