AZIMAT IBUNDA ~siri 1~


~Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia~
(Surah Al Israa’, Ayat:23)

Assalammualaikum, hari ini saya berkesempatan menulis sebuah kisah yang menjadi satu titik semangat dalam diri saya untuk terus mengejar cita-cita saya. Bak kata bijak pandai, “Kita Tidak Berjalan Sendirian Jika Kita Mempunyai Ilmu Di Jiwa”. Alhamdulillah, cerita ini adalah pengalaman saya sendiri sebelum melangkah ke Menara Gading. Saya telah bersedia kongsikan kisah dan ceritera saya kepada semua, maka terimalah AZIMAT IBUNDA sebagai pemanis kata dan penyedap rasa di jiwa yang lara.

‘Dilamar’ Menjadi Penyanyi

“Awak berminat menjadi penyanyi tak?” tegur seorang pemuda kepada saya setelah kumpulan nasyid saya selesai membuat persembahan nasyid di Johor.
“Em,menarik tu….” jawab saya ringkas.
“Jika awak berminat, awak boleh telefon saya…” terang pemuda tadi sambil menghulurkan bussiness card yang tertera nama pemuda tadi beserta nombor telefon beliau.
“InsyaAllah, saya memang berminat menyanyi dari dulu…saya akan call secepat mungkin” tegas saya sambil minta diri untuk beredar dari situ.

Semasa itu, saya ada masa kurang dari dua minggu untuk melanjutkan pelajaran ke Ma’ahad Johor. Bermakna saya mempunyai dua pilihan samada ingin meneruskan cita-cita saya atau meneruskan cinta saya pada nyanyian. Berfikir dan terus berfikir untuk mencari mana satu tujuan sebenar saya. Memang dari dulu saya menanti peluang untuk menjadi seorang penyanyi nasyid namun saya tidak boleh lalai dalam pelajaran. Keliru di antara dua pilihan, melanjutkan pelajaran atau bergelar penyanyi?

Berbincang Dengan Keluarga

“Mak, abg dapat tawaran jadi penyanyi nasyid…”, dengan nada gembira.
“Em, Alhamdulillah…Terima ke?”, tanya mak saya.
“Tak Tahulah…masih berbelah bahagi…”, jawab saya lemah.
“Tak Payahlah, belajar dulu lepas dah berjaya nanti nak jadi penyanyi…teruskanlah!”, jawab mak saya.
Fikiran saya semakin buntu kerana hati saya lebih berat nak jadi penyanyi, namun saya perlu pertimbangkan apa yang mak saya beritahu sebentar tadi. Ada kesahihannya dan kebenarannya….bila kita dah berjaya, kita boleh kejar apa yang kita mahu. Masa semakin pantas berlalu, tinggal 4 hari lagi sahaja lagi untuk saya membuat keputusan samada ingin melanjutkan pelajaran atau menjadi seorang penyanyi nasyid.

Teruskan Belajar Demi Kasih IBU & AYAH

Alhamdulillah, saya telah membuat keputusan. Saya memutuskan untuk menyambung pelajaran saya ke Ma’ahad Johor dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Saya telah fikir masak-masak dan saya yakin pilihan saya tepat dan betul. Benar kata mak saya: “Belajar dulu lepas dah berjaya nanti nak jadi penyanyi…teruskanlah! Terima Kasih Mak!

P/S: InsyaAllah, saya akan sambung siri kedua tentang Azimat Ibunda di nukilan saya yang akan datang. Nantikan!

AZIMAT IBUNDA by Far East

Azimat Ibunda

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buat kali terakhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Andai syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu

Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan AYAH IBU!

Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu
Pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku

Ikhlas Nukilan Dari,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s