Kecantikan Fizikal Nabi Muhammad S.A.W


Pesan Rasulullah S.A.W Kepada Umatnya….
Baginda Bersabda:-
“Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad S.A.W. meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia lain.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma daripada unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang.

Begitulah dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini.

Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja.Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi’in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda SAW:-

1.. Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.

2.. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.

3.. Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah s.a.w. jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

4.. Rasulullah s.a.w. seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah s.a.w.

5.. Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

6.. Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona

7.. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat

8.. Wajahnya seperti cahaya bulan purnama

9.. Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

10.. Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang

11.. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

12.. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

13.. Mulut baginda sederhana luas dan cantik

14.. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

15.. Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

16.. Janggutnya penuh dan tebal menawan

17.. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik eperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

18.. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya

19.. Rambutnya sedikit ikal

20.. Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi

21.. Rambutnya terbelah di tengah

22.. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

23.. Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa

24.. Seimbang antara kedua bahunya

25.. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik

26.. Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan
Rasulullah saw.

27.. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

28.. Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

29.. Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan

30.. Warna kulitnya putih tapi sehat

31.. Kulitnya putih lagi bercahaya

32.. Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

33.. Badannya tidak gemuk

34.. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak

35.. Perutnya tidak buncit

36.. Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka

37.. Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda SAW.,makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kalaulah ada media massa menonjol atau mengagung-agungkan seseorang artis atau bintang filem yang kacak, cantik, hebat, kuat dan berani sama ada di sebelah barat atau timur, percayalah itu satu kekarutan yang direka-reka untuk mengabui mata masyarakat dunia bahawa di sana ada ketokohan yang lebih hebat dan tokoh itu tidak lain daripada Nabi Muhammad SAW. Manusia agung inilah yang mesti diikut dan dicontohi sepanjang zaman.”SUBHANA ALLAH”…..

~Ya Rasulullah, Kau Tinggalkan Kami Warisan Yang Abadi…Dan Bersaksilah Sesunggunya Kami Merinduimu…~

Pena Dari Penulis,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s