SYARIAT KELAHIRAN


AZAN,IQAMAT DAN TAHNIK

“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.”
Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.

Kehadiran insan bernama BAYI amatlah dinantikan oleh Ayah dan Ibu kerana kehadirannya member seribu satu sinar yang paling indah dalam bahtera perkahwinan seseorang dan merupakan satu REZEKI yang sangat-sangat berharga dari Yang Maha Pemberi Rezeki. Keriangan jelas terpancar di setiap sudut wajah Ayah dan Ibu yang sangat menantikan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.

Kelahiran ini juga merupakan satu khabar gembira kerana telah lahir umat Muhammad ke dunia ini dan Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan umatnya di hari kiamat kelak. Ucapan tahniah dari sanak saudara memberi pengertiaan bahawa mereka juga berkongsi kegembiraan bersama-sama. Justeru, islam telah menggariskan panduan dan perkara-perkara yang sunat dilakukan setelah kelahiran bayi. Antaranya:-

• AZAN & IQAMAT
• TAHNIK

Jom kita susuli perjalanan seorang insan dari sejak lahir mereka telah diperdengarkan kalimah ALLAHU AKBAR….

Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sebagai tanda memuji kebesaran ilahi yang mana disifatkan sebagai UCAPAN pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir ke dunia.

Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a.:

Maksudnya: “Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya”

“Bahawasanya Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada telinga al-Hasan bin Ali (sebelah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan iqamat pada telinga kirinya.”

Tahnik iaitu membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa.

Antara hikmah amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurna. Semua amalan ini sangat disarankan oleh Islam kerana ada hikmah disebalik setiap apa yang disarankan.

*Rujukan dari buku bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat karangan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Salam Sayang,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s