Mimpi-Mimpi Rasulullah SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah .a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin….

* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut
untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan
KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia
telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi
SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

* Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka
menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya
duduk di sebelahku.

* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita,
di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan
dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN
UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang
benderang.

* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah
mereka dengannya.

* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya
dari bahaya api tersebut.

* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata
tempat, maka datanglah pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya
menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat
rahmat.

* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan
Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA
memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan
Tuhannya.

* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri,
tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah
tangan kanan.

* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah
ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi
berat.

* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba
muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh
dari tempat itu.

* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR
MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan
tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin,
maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya
melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak
dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun
memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba
pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA
TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu
itu dan diapun memasukinya.

* Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka. Aku bertanya
kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka
membawa mulut kesana sini.
Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada
Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang
suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Semoga menjadi pedoman untuk diamalkan dan disampaikan….

Salam Sayang,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s