Kerana MULUT Badan BINASA!


Sabda Rasulullah S.A.W:-
“Percakapan antara kamu adalah amanat”

Wahai Insan yang bernama MANUSIA, Sebuah kata-kata hikmah: “LIDAH Anda Menentukan Siapa Diri Anda!”….Hari ini manusia lupa menjaga lidah, hari ini juga manusia lantang berkata-kata…tanpa usul periksa, tanpa rasa diri itu hanya ditaraf HAMBA! Bila hendak sedar??? Semakin hari semakin banyak membuat onar dan noda angkara sikap dan perangai manusia sendiri. ISLAM tidak mengajar menceritakan keBURUKkan orang di khalayak ramai, malah ISLAM menyuruh manusia menyimpan atau memelihara AIB (Malu) saudara SEISLAM. Lalu, di manakah kita sekarang? Pernah tak terfikir pepatah melayu ini….”Kerana PULUT Santan BINASA, Kerana MULUT Badan BINASA”…Pernah dengar? Ye, saya yakin ada pernah dengar namun tidak pernah ambil peduli.

Sekarang, mari kita lihat Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Rum Ayat 41 yang bermaksud:- “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” Sedarlah wahai umat ISLAM…Kita Sendiri Sedar, Mengapa Umat Islam JATUH Sekarang, Angkara FITNAH Dari Saudara Sendiri. Bertaubatlah….pintu taubat Allah Masih terbuka LUAS pada hamba-Nya yang mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan. MASIH BELUM TERLEWAT, SELAGI ADA WAKTU….BERTAUBATLAH! Ini Sedikit Bingkisan kisah benar yang ingin saya kongsikan pada ANDA SEMUA…Baca dan hayati….

Beberapa minggu yang lalu, saya berpeluang pulang ke desa kerana menghadiri kenduri. Satu cara mengeratkan silaturrahim sebenarnya. Namun, apa yang terjadi…ada seorang Hamba Allah ini telah bercerita tentang keBURUKkan saudaranya sendiri. Yang lebih menyedihkan hati saya, ada tetamu yang hadir dan BUKAN saudara terdekat pada si pencerita tadi. Saya ingin menegur, namun saya mencari peluang bagaimana ingin menegur. Saya lihat tetamu yang hadir menggelengkan kepala pada si pencerita tadi namun sedar tak sedar sebenarnya si pencerita tadi telah membuka aib (malu) saudaranya kepada orang yang tak sepatutnya tahu. Dengan izin Allah, seorang dari mereka bertanya pada saya….”Wahai orang muda, apa komen kamu pada cerita ini tadi?”….Dengan tenang saya menjawab…”No Komen, AIB (malu) orang…..”, jawab saya ringkas. Semua tetamu bagaikan tersentak mendengar jawapan saya. Bukan niat untuk ‘kurang adab’ pada orang yang lebih TUA dari saya namun itulah cara yang terbaik di ajar oleh ISLAM. Ingat, “Dari BAYI Yang Kecil Sehinggalah Orang Tua Yang Besar, Kita Boleh Belajar SESUATU Dari Mereka.”

” Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

Moga Sisipan ini menjadi satu wadah pada ANDA yang sudi membaca halaman saya ini. Ingatlah Wahai INSAN, Selama-lamanya KITA Tidak Akan Sempurna, Apa Yang Kita Boleh Lakukan TERUS Menjadi Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik! BERHIJRAHLAH Sebelum KIAMAT!

Salam Penuh Ingatan,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair

3 thoughts on “Kerana MULUT Badan BINASA!

  1. Bagus hasil pemerhatian tuan. Teruskan kajian tersendiri tuan dalam aspek sosial. Saya juga sedang mencari teknik dan tektik bagaimana approach orang tua2 ni yang bermasalah dari kalangan mertua, ipar luar pejabat mahuoun dalam pejabat dan dalam kampung atau taman kediaman…kita boleh stress memikirkannya dan stress juga untuk serang walaupun cara baik.

    • Terima Kasih…Benar, Dengan Orang Dewasa Kita Perlu Hormat…Try Approach Mereka Dengan Cara Yang Lembut…Umpama Menarik Rambut Dalam Tepung..”Rambut Tak Putus, Tepung Tak Berselerak”

  2. kadang2 bukan orang tua sahaja bercakap sebegitu rupa, org muda belia juga sama.. manusia mempunyai sifat yang hampir2 sama antara satu sama lain.. lumrah kehidupan manusia di mana tanpa sedar setiap hari berkata2 dgn mengeluarkan sstu yg tidak baik.. xkn shj aib org malahan adakalanya menjawap pertanyaan org, bercakap dgn bhs yg kasar dan menyakitkan hati org lain.. namun begitu, dr pemerhatian sebegitu saya sendiri berusaha cuba utk mengelak dari melakukan perkara yg sama yg mana menjaga mulut dan lidah saya tatkala berkata2 sstu agar tidak melukai hati org lain.. wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s