Maafkanlah…PART 1


Ringankan Beban Ditanggunginya
beri saja peluang untuk menebus Kesalahannya yang lalu
beratkah? apa saja yang ku pinta
lupakan apa terjadi pasti kau takkan kesali

Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna….

Jalinkan persahabatan bersih
buang sifat membenci diri
jangan kau iri hati
teman-temanmu

Akui segala kesilapan
Amalkan Kejujuran, Ia tak merugikan…

Air yang jernih itu kan juga keruh
akhirnya jika ia dicampur walau sedikit lumpur
kan begitu jua hati manusia
jika ia berkata walau sekecil zarah
tak bermakna…

Oh insan maafkanlah
kesalahan teman seperjuanganmu
selama telah pergi kasihani dia yang terseksa
oh insan maafkanlah jika tersalah tutur bicara
oh insan renungilah ada ganjaran yang menunggu kita
tika di syurga………..

Assalamualaikum Semua…

Sudah lama rasanya tidak menukilkan sesuatu dalam blog saya ini…em, mohon maaf kerana saya sedang sibuk dengan kerja hakiki dan sebagai seorang yang ingin mencari ilmu yang masih belum didapati dan saya mohon pada-Nya agar terus diberi kekuatan menempuh hari-hari mendatang. Kata orang, “Penantian Satu Penyeksaan”. Benar ka? Terpulang pada individu untuk menilainya. Sahabat yang saya kasihi sekalian serta semua pembaca setia Blog Tinta Berbicara, hari ini saya terpanggil untuk menukilkan sebuah tajuk yang senang disebut namun sukar untuk dilaksanakan. Tidak lain adalah….”Maafkanlah”….benar tak??Mudah ja buat salah…namun nak sebut “MAAF” susah sangat…Sedarlah insan, setiap hari kita berkata-kata dan adakala percakapan kita mengguris hati serta menyakitkan hati sahabat-sahabt kita serta orang sekeliling kita. Sedar kan?? Ucapkanlah dan mohonlah kemaafan pada orang yang pernah kita sakiti sebelum mata terpejam…untuk bacaan sahabat, teliti dialog ini:-

“Tuan, boleh saya tanya?”, tegur seorang pakcik berusia lewat 40an
“Maaf pakcik, saya nizar….”, saya memperkenalkan diri
“Oh…pakcik ingat anak ni Yang Berhormat….gaya macam orang ‘besar’ ja…”, sambung pakcik itu…
“Terima Kasih Pakcik..”, ujar saya.
“Mengapa anak ucap terima kasih pada pakcik?”, tanya kehairanan.
“Em…saya hormat pakcik dan itu satu DOA dari pakcik untuk saya…”, jelas saya.
“Alhamdulillah, susah nak jumpa orang sebegini dalam kehidupan pakcik…”, tersenyum.
“Insya-Allah, pakcik akan jumpa lagi satu hari nanti…”, ujar saya sambil tersenyum.
“Nak, izinkan pakcik tanya sesuatu….”
“Silakan”, ujar saya dengan nada lembut.
“Pakcik sering gundah dan gelisah bila bersahabat..kadangkala pakcik rasa lebih baik duduk rumah sorang-sorang dari bersahabat dengan orang yang selalu menyakitkan hati kita.”, kata pakcik itu sambil sedikit mendengus.
“Apa yang membuatkan pakcik berkata sebegini?”, saya memujuk.
“Baru-baru ini kawan pakcik datang minta maaf, tetapi pakcik berat nak memaafkan dia…”
“Apa kesalahan kawan pakcik sampai berat pakcik nak maafkan dia?”, tanya saya mahukan kepastian.
“Susahlah nak, pakcik tak tahu nak cerita….Tetapi, kesalahan dia tetap susah bagi pakcik nak ampunkan…”, kata pakcik itu.
“Pakcik, bila seseorang buat kesalahan kita tidak layak untuk menghukumnya kerana itu semua urusan Allah…Kita diajar oleh Rasulullah supaya maafkan semua kesalahan insan. Jika orang buat silap kita maafkan sahaja keranan semua manusia pasti buat kesilapan pakcik.”

2 thoughts on “Maafkanlah…PART 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s