Inikah petanda dekatnya DUNIA???


Zaman berganti zaman, masa ligat berputar…Masih ada lagi INSAN yang masih tercari-cari identiti serta ke mana arah tujuan sebenar mereka hidup di bumi Allah SWT ini. Mengapa terjadi demikian? Lupakah kita TUJUAN & MATLAMAT sebenar kita hidup dibumi ini? Tanya IMAN anda, berapa kali menangis kerana takutkan AZAB Allah SWT?? Berapa banyak mengadu kerana terasa diri LEMAH?? 10 Kali??20 Kali?? Cukup ke?? Selama hampir 60 tahun hidup di bumi Allah, hanya 10 hingga 20 kali sahaja anda menangis kerana takutkan AZAB Allah dan kerana terasa diri LEMAH….Sungguh malang sekali manusia seperti itu…Saya terpanggil untuk menulis sebuah cerita tentang “Inikah Petanda Dekatnya DUNIA, Pada Akhir Kehancurannya”…Hampir setiap hari kita membaca di dada-dada akhbar, berita pembuangan bayi, remaja ditahan kerana memiliki DADAH, rogol dan zina semakin berleluasa, kuasa dipegang oleh orang yang tidak layak memilikinya, orang yang tidak bersalah ditindas, orang yang bersalah diAGUNG-AGUNGKAN, orang yang benar diTINDAS sekejam-kejamnya….Mengapa berlaku sedemikian??? Adakah DUNIA hampir pada kehancurannya? Ya Allah, Peliharalah KAMI SEMUA dari seksaan Neraka-MU…

Seringkali airmata ini mengalir, melihat bagaimana bumi ini pada dasarnya nampak AMAN, namun bila dirungkai “INDAH KHABAR DARI RUPA”…KUASA menjadi rebutan, Hukum ALLAH dipermainkan, segala-galanya umpama tiada NILAI lagi…Oh, Mungkin saya terlupa ada manusia yang berpura-pura dalam berjihad dan berjuang di JALAN ALLAH…Lantang bersuara menegakkan ISLAM, namun masih membuat maksiat….Ya Ilahi, “Inikah Petanda Dekatnya DUNIA, Pada Akhir Kehancurannya?”

Sedih dan sebak kerana ada umat ISLAM, masih mempertikaikan mengapa perlu menutup AURAT??? Mengapa pertikaikan Suruhan ALLAH?? Ada yang menyatakan apa yang mereka pakai biarlah mereka yang tanggung DOSA mereka sendiri…Inilah bahana seandainya HATI telah kotor dan tertutup dari menerima NUR dari ALLAH. Ada yang berkata, “KAMI pakai pakaian yang sangat sopan dan selesa, sesuai dengan kehendak KAMI”. Persoalannya SESUAI ke?? Jika dilihat, terdedah sana terdedah sini…nampak segalanya yang tidak boleh dilihat oleh orang lain…Ingat, “Bersih BELUM tentu SUCI, tapi SUCI semestinya BERSIH”…Tanda-tanda akhir ZAMAN semakin banyak dan semakin dekat dengan KITA sebenarnya, Cuma kadangkala kita LEKA, LALAI, ALPA & SERING LUPA…Mengapa???Tanya IMAN Kita!!!

Akhir-akhir ini MANUSIA semakin suka menindas orang yang LEMAH, MengAGUNGkan orang yang dianggap MULIA, namun sebenarnya HINA disisi ALLAH……..Menyorokkan MAKSIAT yang dilakukan, MengAGUNGkan KEBAIKAN yang diberi atau disumbangkan…Layakkah menjadi UMAT NABI MUHAMMAD SAW???Tanya IMAN kita!!! Hari ini, KEBENARAN disorokkan…KEBATILAN diAGUNGkan!!! Inikah Petanda Dari-Mu TUHAN??? INSAN, BerHIJRAHlah serta BerTAUBATlah Sekarang!!!Usah Menanguh lagi….Malaikat IZRAIL tidak sedikit pun peduli RAYUAN kita ketika SAKARATUL MAUT nanti…Ayuh, sedarlah…Bersatulah kerana Cahaya ISLAM itu ada Pada SOLAT SUBUH BERJEMAAH…Bangkitlah mencipta kegemilangan ISLAM yang telah lama Bersinar di bumi ALLAH SWT ini….USAH Biar BUMI ini menangis lagi angkara kerosakkan yang kita cipta sendiri….Biarlah kita PERGI mengadap Ilahi dengan jasad dan jiwa yang SUCI kerana pasti AL-JANNAH itu bersinar KEMBALI!

~11.44 Malam, 8 Zulkaedah 1432H, KHAMIS~

Salam Penuh Ingatan,
NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Inikah Petanda (Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Bersama Mawi)
Ya Illahi…

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Menahan dari setiap impian
Menghalalkan segala cara

Inikah petanda senangnya kesombongan
akhir peradaban manusia
Saling mengejar saling menindas
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
agungkan kesombongan
Inikah petanda dari-Mu Tuhan

Ya Allah…

Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya
Serakah manusia cipta petaka
Penuhi nafsu mereka

Sedih Pedih Perih bumi mulai menitis
menyaksikan gelagat manusia
Kiri dan kanan tiada bezanya
hancurkan semua

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
agungkan kesombongan
Inikah petanda dari-Mu Tuhan

Jernihkanlah hati tetapkan jiwa
agar diri ini selalu dekat dengan-Nya
Nikmati anugerah Yang Maha Kuasa
usah Persia…

Nuraniku mulai menangis
kerana tak diperlukan lagi
Tinggalkan kebenaran
agungkan kesombongan

Inikah petanda dari-Mu Tuhan…

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Ampunkan Segala Kesalahan KAMI….Matikan KAMI Dalam IMAN…Amin Ya Raab..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s