REMAJA:”Manisnya Bila Dicintai” PART 1


Assalammualaikum w.b.t,
“Indahnya bila diri dicintai…”, pernah dengar lirik lagu ini? Yup, ini lirik lagu yang sesuai untuk tajuk yang saya akan nukilkan dalam slot REMAJA. Slot REMAJA ini bertajuk “MANISNYA BILA DICINTAI”…Manis ke? Jom kita sama-sama hayati…Sahabat sekalian yang ku cintai kerana ALLAH, saya lebih cenderung pada kata-kata yang berbunyi “Remaja Hari Ini Penentu Masa Depan Negara”. Senario sekarang menggambarkan bahawa golongan remaja adalah golongan majoriti di Malaysia ini. Namun, jika dicongak berapa orang sahaja yang melangkah kaki ke Masjid & Surau? (Jawab dalam hati,tepuk dada tanya IMAN kita) wahai sahabat sekalian. Hari ini,ramai remaja yang lebih suka dan gemar bersama kawan-kawan bersembang ‘kosong’ di PORT2 tertentu, mengintai dan mengUSHA anak dara yang lalu lalang di hadapan mereka sedangkan NABI MUHAMMAD SAW sudah berpesan pada kita:
~ “Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya.”- Maksud Hadis
Nah,masih kurang mengerti??Em, tidak mengapa..satu persatu kita bisa berubah..Namun ada yang mengatakan, “belum dapat HIDAYAH lagi!Macam mana nak berubah..”Benarkah kata-kata ini??Silap kita memahami dan silap kita tak mahu belajar tentang ISLAM…Bukankah ALLAH berfirman: “Agama yang diredhai di sisi ALLAH SWT ialah ISLAM”. Masa Kini, manusia sibuk memikirkan DUIT berkurangan kerana bersedekah namun mereka tidak pula memikirkan SEDEKAH itu akan membantu mereka bila meninggal dunia kelak. Ayuh kita soroti benar atau tidak “MANISNYA BILA DICINTAI”….JOM!

“Ya Allah…Berikanlah Cinta-Mu Kepadaku,
Jadikanlah Orang Yang Mencintai-Mu Mencintai Aku,
Dan Jadikanlah Aku Mencintai Segala Sesuatu
Yang Membawa Kepada Kecintaan-Mu!”

Wahai REMAJA yang kucintai kerana ALLAH…Sebelum ingin bercinta ingat ayat ini betul2…”HARAM mencintai seorang Wanita jika Lelaki itu tiada langsung niat untuk memperisterikan wanita tersebut”. Nah,sudah faham. Ye, saya pasti semua REMAJA sudah faham. Satu lagi ayat motivasi yang saya ingin kongsikan pada REMAJA ialah:
~CINTA adalah ANUGERAH bukan HAKMILIK kita~
“Rasa cinta pasti ada,pada makhluk yang benyawa…
Sejak lama hingga kini, tetap suci dan abadi…
Takkan hilang selamanya,sampai dating akhir masa…
RENUNGKANLAH…”

REMAJA sekalian…anda mungkin sering bertanya apakah ciri-ciri cinta yang terbaik…kadangkala persoalan dibawah ini kerap bermain di fikiran anda..JOM Kita ikuti soalan-soalan tersebut:-
Remaja kerap bertanya dalam diri:-
• Apa sebenarnya CINTA ini?
• Tolong beri penjelasan tentang CINTA!
• Salahkah Bercinta?
• Cinta ada peraturan?
• Cita-cita vs CINTA

Ye..ini soalannya…Insya-Allah REMAJA sekalian…saya akan sambung dalam episod dan nukilan saya yang akan datang…
~Abe.Cute~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s