TAUBAT SUKAR?


Assalamualaikum wbt…

Salam Ramadhan pada semua umat ISLAM yang berada di seluruh dunia…Diharapkan anda berada dalam keaadaan sihat hendak-Nya.. Hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ‘buah tangan’ saya yang tak seberapa ini berkenaan dengan TAUBAT…Saudara dan saudari yang ku kasihi dan ku cintai kerana ALLAH, rata-rata masih lagi ada golongan yang mempermainkan perkataan TAUBAT ini, mereka menukar dengan perkataan ‘TAU BUAT’…Em, sedarlah kita semakin ke akhir garisan menuju ke ‘mahkamah’ Rabbul Jalil yang mana tiada seorang pun makhluk ALLAH SWT yang akan terlepas dari di adili oleh-Nya. Hari ini kita boleh berbangga dengan KUASA, Hari ini kita boleh sombong dengan HARTA, Hari ini kita boleh riak dengan PANGKAT! Sesungguhnya TIADA apa yang dapat dibanggakan bila Di Hadapan ALLAH SWT kelak…Saya mulakan nukilan saya dengan sebuah SYAIR ARAB yang berbunyi:-

Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain pagi dan petang
sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang…tetapi dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya, rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya.

 
Inilah hakikat kematian yang jarang-jarang kita ‘ambil berat’ dan harapkan orang ambik berat tentang diri kita..sedarkah kita, nanti kita di KUBUR keseorangan juga kan?? Em, usah tertipu dengan kata-kata sinis atau hasutan: “Ah, kau muda lagi…tubuh masih kuat, enjoylah dulu!”, “Aku tengok engkau ni sihat, diet selalu, senam setiap masa…mesti xde penyakit kn.” Ingat, ramai orang lelaki mampu mengangkat berat seberat 100kg untuk membina badan namun xramai orang lelaki yang mampu mengangkat ‘Takbiratul Ihram’ yang tak sampai berapa kilogram. Alangkah ruginya manusia yang melewat-lewatkan TAUBAT yang terbuka luas sehinggalah….nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Haa…sempat lagi bertaubat ni, JOM!

Abdullah bin Umar mengingatkan:-

“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” {Riwayat al-Bukhari}

Wahai sahabat semua, ini berita baik untuk orang-orang yang bertaubat…

1. Petua kejayaan

Firman Allah SWT:- “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan).” (Surah al-Nur 24:31)

2. Lupus dosa

Firman Allah SWT:- “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (Surah al-Tahrim 66: 8)

3. Keburukan diganti dengan kebaikan

Mafhum ayat al-Quran ini : “Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan 25: 70)

4. Anugerah dan nikmat

Firman Allah SWT:- “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.” (Surah Hud 11: 3)

5. Dicinta Allah

Firman Allah SWT:- “Sesungguhnya Allah menyukai orang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (Surah al-Baqarah 2: 222)

Alhamdulillah, mudah-mudahan sudah terjawab persoalan yang berbunyi “TAUBAT SUKAR?”. Moga-moga kita terus berada dalam lindungan kasih sayang-Nya dan disayangi oleh-Nya bukan untuk hari ini sahaja bahkan untuk selama-lamanya..Insya-Allah…:-)

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s