~WAHYU PERTAMA~


Terbuka luas kubah langit
Tujuh belas Ramadhan al Mubaraq
Terpancar sinar cahaya putih
Menggetarkan abid yang beruzlah

Bagaikan petir menyambar Gua Hira’
Jibril menghulurkan watikah dari yang haq

Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama
Lembar Al-Quran pun bermula yang pertama

Dan bermulalah kehidupan Rasulullah
Menyampai amanah
Dari Tuhan yang memerintah cakrawala
Ditaat disembah

Dan bersaksilah pada dua kalimah
Nan tergantung dikemuncak ‘arasy’

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
Yang menciptakan manusia dari segumpal darah
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang pemurah
Yang mengajar insan dengan kalam

Terbuka luas kubah langit
Detik gemilang wahyu pertama

 

Assalamualaikum w.b.t…Salam Nuzul Al-Quran 1433H…”Wahyu Pertama” begitulah tajuk lagu dari Kumpulan Nowseeheart…Sungguh ‘cantik’ susunan kata-kata@bait-bait lirik yang dinukilkan…Moga sama-sama dapat menghayati setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan dan masih lagi diberikan oleh Allah SWT kesihatan dan ilham untuk menukilkan sebuah “Surat Cinta” yang bertajuk WAHYU PERTAMA buat semua umat ISLAM dan pembaca setia blog saya ini.

Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid
dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau
kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan
diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata
untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah.
Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi
kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30
juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran:-

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara HAQ dan BATIL) ~Surah Al-Baqarah 2:185~

Jika hari ini, kita bertanya pada REMAJA apa itu Al-Quran lalu mereka menjawab, “Saya tidak tahu…” alangkah malangnya! Sedih dan Takut-takut andai sepanjang hidup ‘sentuh’ Al-Quran pun tidak pernah apatah lagi membacanya. Saudara sekalian, seperti kita sedia maklum Al-Quran ialah KALAM ALLAH SWT yang diturunkan kepada NABI MUHAMMAD SAW melalui perantaraan MALAIKAT JIBRIL AS. Al-Quran juga merupakan MUKJIZAT terbesar NABI MUHAMMAD SAW. Sebelum Al-Quran diturunkan, Allah SWT telah menempatkannya di Lohmahfuz. Firman Allah SWT:-

“Bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya. (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lohmahfuz”

(Surah Al-Buruj 83: 21-22)

Al-Quran diturunkan sebanyak dua (2) kali. Kali pertama Allah SWT menurunkan Al-Quran dari Lohmahfuz ke Baitul Ma’mur. Baitul Ma’mur ialah tempat para malaikat bertawaf. Di sana, Allah SWT telah menurunkan sedikit demi sedikit kepada Rasulullah SAW mengikut tahap kemampuan Baginda yang mengambil masa selama 23 tahun untuk menghabiskan keseluruhan Al-Quran.

Peringkat pertama penurunan Al-Quran, diturunkan dari Lohmahfuz ke Baitul Ma’mur sepertimana Allah SWT berfirman, mafhumnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat, kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran.” (Surah Al-Dukhan 44: 3)

Peringkat kedua penurunan Al-Quran, diturunkan dari Baitul Ma’mur kepada Rasulullah SAW iaitu secara sedikit demi sedikit sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan perlahan-perlahan, dan Kami menurunkannya beransur-ansur.” (Surah Al-Isra’ 17: 106)

Ketahuilah Wahai sahabat semua, Bila kita selalu mendampingi Al-Quran kerana Di Akhirat Kelak, Al-Quran akan menjadi ‘Saksi’ di hadapan Mahkamah ALLAH SWT dan menjadi ‘Syafaat’ bagi sesiapa yang menjadikan Al-Quran sebagai TEMAN SETIA hingga ke Akhir Hayatnya. Ingatlah, Al-Quran dibaca BUKAN sekadar di Bulan Ramadhan SAHAJA! Bacalah Al-Quran Setiap Detik, Setiap Masa, Setiap Langkah dan Jadikan Al-Quran Sebuah “Surat Cinta” untuk kita BERTEMU dengan ALLAH SWT di Akhirat Kelak. Salam Nuzul Al-Quran bersamaan 17 Ramadhan 1433H semoga HIDUP Kita Sentiasa Disinari CAHAYA AL-QURAN, Insya-Allah….

Dari Meja Pengarang,

NicenizaR@Tinta Berbicara

0953 Pagi, 17 Ramadhan 1433H, Pusat Kaunseling MAINS REMBAU…:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s