Nasihatlah Biarpun PAHIT!


Assalamualaikum w.b.t,

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan yang ceria serta baik untuk meneruskan DAKWAH untuk menyeru Manusia ke Jalan Allah SWT. Sahabat Sekalian, pernah saya ditanya oleh seorang Hamba Allah, “Mengapa bila kita menasihati atau menegur sahabat kita, kadang dia tak dapat terima dan adakalanya dia langsung tidak mengendahkannya?”. Sambil tersenyum saya menjawab, “Nasihatlah biarpun pahit…”. Alhamdulillah, saya teringat satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian. “Terdapat seorang pelajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghazi bin Qais, beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini. Sebelum ini, beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka. Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah, al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lelaki itu terus duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu. Al-Ghazi segera menegur lelaki tersebut: “Wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Duduk di dalam masjid tanpa melakukan solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau orang yang jahil dengan hukum agama.”

Nasihat ini dilihat cukup kasar. Namun begitu, orang yang dinasihati itu tidak berkata apa-apa. Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat seperti yang disuruh. Selesai solat, beliau duduk bersandar di sebuah tiang masjid. Tidak lama kemudian, al-Ghazi melihat para pelajar mula memasuki masjid. Anehnya, seorang demi seorang duduk mengelilingi lelaki yang ditegurnya tadi sehingga terbentuk satu kumpulan yang cukup besar. Al-Ghazi tertanya-tanya, siapakah lelaki ini sebenarnya? Lalu, beliau mendekati seorang murid dan bertanya kepadanya: “Siapakah orang ini?” Murid tersebut menjawab: “Dia Ibn Abi Zi’b. Beliau seorang imam fiqah dan tokoh ulama yang dihormati di Madinah.”

Al-Ghazi bagai disambar petir. Beliau berasa sangat malu kerana baru sahaja mencela seorang ulama besar Madinah. Lantas, beliau segera mendatangi Ibn Abi Zi’b dan meminta maaf kepadanya. Namun, apa respons ulama besar ini??? Beliau hanya berkata: “Wahai saudaraku, engkau tidak salah. Engkau hanya menyuruhku melakukan kebaikan, lalu aku mematuhi perintahmu.” (Al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Bar, al-Tamhid Sharh al-Muwatta‘)

 

Nah, sekarang bagaimana ANDA Rasa?? Ingin menasihati atau menerima nasihat?? Positifkan diri anda agar sedia menerima nasihat dan kita akan rasa lebih tenang dari sebelum ini. Kita sebagai INSAN yang hebat namun kadangkala kita akan tersilap dalam berkata-kata. Harus diingat, bila kita sentiasa IKHLAS pasti Allah SWT akan Gandakan USAHA kita. Nasihatilah dengan sopan, dengan cara yang terbaik agar orang yang beri nasihat serta orang yang menerima nasihat masing-masing dapat pahala serta gembira. Inilah yang disebut win-win situation!!!¬†Inilah kuasa, inilah kehebatan…..Nasihat!:-

 

 

Wahai sahabat sekalian…tinggalkan 10 perkara yang sering Dibazirkan…Jom Kita sama-sama kita hayati, moga-moga menjadi peringatan untuk kita bersama:-

1. ILMU : Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.

2. AMALAN : Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan IKHLAS.

3. HATI : Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

4. HARTA : Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah SWT.

5. CINTA : Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah SWT.

6. MASA : Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

7. ZIKIR : Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.

8. TUBUH BADAN : Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.

9. KESIHATAN : Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.

10. KEPINTARAN : Dibazirkan dengan tidak berfirkir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.

Moga sama-sama kita menjadi seorang penasihat yang terbaik untuk orang yang ingin mendapatkan nasihat. Moga sahabat-sahabat terus BERDAKWAH untuk sentiasa terus ISTIQAMAH dalam melakukan kebaikan kepada-Nya…Insya-Allah…:-)

Abe.Cute Publishing…:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s