Assalamualaika Ya Rasulullah


Dua kalimah syahadah adalah BUKTI bahawa “cinta” kepada ALLAH dan RASULULLAH SAW tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, Cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah”.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari)

*Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat. (Fath al-Bari)

Sahabat sekalian, kesenangan dan kesusahan adalah dua bentuk ujian yang senantiasa hadir tanpa kita sedari. Carilah Allah di sebalik setiap ujian dan bersyukur atas segala nikmat-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya dikala susah mahupun senang. Jom hayati sedikit nota “hitam & putih” kehidupan insan serta koreksi diri kita untuk sentiasa bersungguh mencari Syurga Allah SWT.

“Apabila lapar, Orang Miskin akan berkata: Apa kita nak makan hari ini?”

“Apabila lapar, Orang Kaya akan berkata: Di Mana kita nak makan hari ini?”

“Apabila lapar, Orang Jahat akan berkata: Siapa kita nak “MAKAN” hari ini?”

Em, Nah! sekarang ANDA yang mana? Muhasabah diri agar sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT. Sentiasalah kita cuba sedaya upaya kita mencintai Rasulullah SAW sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah SAW. Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah SAW.

Kaedah mencintai Rasulullah SAW:

1. Mengenali Rasulullah

*Tanya dalam diri kita: “Jika Rasulullah bersama-samaku, bagaimanakah rasa, kata dan tindakan kita ketika berdepan dengan dengan suasana ini?’ Mengenali Rasulullah melibatkan dua (2) dimensi: 1. Lahiriah: Personaliti Rasulullah yang merangkumi nama, rupa fizikal, ahli keluarga dan lain-lain. 2. Rohaniah: Aspek keyakinan, prinsip dan strategi perjuangan Rasulullah.

2. Mematuhi ajaran Rasulullah

*Pepatah Arab menukilkan: “Seseorang akan menjadi hamba kepada perkara yang dicintainya.” Imam al-Hasan al-Basri dan para salaf pernah menyatakan: “Sesuatu kaum mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, lalu mereka diuji oleh Allah dengan menurunkan ayat 31 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: ‘Katakan: ‘Jika benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku.” Setiap kali berarak, marhaban, bernasyid dan berselawat pada hari keputeraan Rasulullah, sepatutnya peringatan daripada al-Hasan al-Basri inilah yang lebih dititikberatkan. 

3. Memuliakan dan menghormati Rasulullah

*Checklist Apa yang sudah kita lakukan untuk mencintai Rasulullah SAW…1. Adakah cara kita berpakaian, berekonomi, berpolitik dan mengatur sistem hidup yang lain telah mengikut seperti yang Rasulullah SAW bawa? 2. Sudahkah anak, isteri dan lain-lain ahli keluarga kita menutup aurat? 3. Adakah sistem ekonomi kita telah meninggalkan unsur-unsur riba, gharar dan elemen penindasan serta penzaliman yang lain? 4. Adakah budaya hiburan kita masih sarat dengan pergaulan bebas dan lain-lain unsur maksiat? 5. Adakah kita sudah berpolitik berlandaskan syariat dan menjunjung nilai akhlak islamiah? 6. Adakah semua ibadah habluminallah dan hablumminannas kita berada dalam kerangka mengikut Nabi Muhammad SAW?

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari untuk orang yang bersabar seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari tersebut akan mendapatkan pahala 50 kali daripada kalian yang mengamalkan amalan tersebut.”

4. Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah

*Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Bakar dan Umar: “Inilah dua orang penghulu ahli syurga yang ‘dewasa’ di kalangan golongan yang terdahulu dan terkemudian melainkan para nabi dan para rasul.” (Riwayat al-Tirmizi)

Terdapat beberapa pandangan ulama pada maksud “dewasa” dalam hadis ini:

1. Orang yang berumur di antara tiga puluh hingga empat puluh tahun.

2. Orang yang berumur di antara tiga puluh hingga lima puluh.

3. Orang yang penyayang dan berakal. Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dalam keadaan mereka bersifat penyayang dan berakal. (Tuhfah al-Ahwazi)

5. Mencintai ulama yang gigih berdakwah

*Ulama ialah pewaris nabi. Mereka teguh berpegang dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan Islam sejak dahulu sehingga kini. Mereka memikul amanah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam kepada umat setelah tidak akan ada lagi nabi atau rasul yang akan diutuskan kepada umat manusia. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut imu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengelurkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

Teruskan mencintai Baginda Muhammad SAW…Tiada lain idola kita melainkan Rasulullah SAW kerana segala-galanya sempurna tiada cacat cela. Bagaimana ingin bertemu dengan Rasulullah? Jawabnya, dengan mati dalam keadaan sedang berjuang menegakkan sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan! Wallahu ‘alam.

Sang Penyair:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s