HATI BENAR VS HATI PALSU


Salam sahabat semua…Moga-moga dalam keadaan sihat selalu…Kali ini saya ingin kongsikan secebis rasa atau sebening kata untuk bacaan, perkongsian bersama sahabat-sahabat semua…Kadangkala, hati ini sering berkata: “Bila nak bertaubat?”. Pelbagai jawapan akan timbul dari pelbagai ‘HATI’ yang menjawab. Renung-renungkan, semoga secebis nukilan ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua…JOM Baca Kisah yang saya nukilkan dalam laman Tinta Berbicara pada kali ini…Hati Benar VS Hati Palsu!

 

Sayidina Umar r.a bertanya kepada sahabat-sahabatnya: “Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin pembantuku, adakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?”

 

Sahabat-sahabatnya menjawab: “Sudah tentu, Wahai Amirulmukminin…” Sebaliknya, Umar r.a memberitahu: “Belum, sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!” Nah, bagaimana dengan kita? Sudahkah terlantik orang yang baik itu? Tentu sukar bukan? Dan sudahkah orang yang baik itu melaksanakannya? Yang kedua ini lebih-lebih sukar lagi!

 

“HATI ITU BERSIFAT BOLAK-BALIK. RASULULLAH S.A.W MEMBERI PERUMPAAAN, HATI BAGAIKAN KUAH YANG SEDANG MENDIDIH DAN MENGGELEGAK, SIMPANG-SIURNYA BEGITU LICIK, NAIK TURUN DAN BERBOLAK-BALIK”

 

HATI MANUSIA

  1. Mutaqqin        : Umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan.

 

  1. Orang Kafir    : Hitam, terbalik serta menabur kegelapan dan kejahatan.

 

  1. Munafik          : Berbungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

 

  1. Orang Fasiq   : Keadaan melintang, tegak tidak dan tersembam tidak, bahkan senantiasa di atas pagar antara kebenaran dengan kebatilan.

 

Checklist hati kita sama-sama, mana satu yang sesuai…Hari ini kita mengaku CINTA Pada RASULULLAH S.A.W namun ADA segelintir MANUSIA yang masih terikut-ikut budaya BARAT! Masih lagi ingkar Perintah ALLAH. Layakkah kita semua duduk di Bumi Allah ini? Tanya diri kita…Bila nak bertaubat? 2 Tahun lagi? Sempatkah?.

 

3 Golongan Terawal Diseret ke Neraka

 

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang 3 golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

 

ILMUWAN

Menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.

 

DERMAWAN

Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.

 

SYAHID

Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

 

*Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari HATI. Senantiasa koreksi diri agar HATI selalu bersih! Muhasabah Diri agar lebih diberkati!

 

Teguhkan hati kita dengan SOLAT! Agar hidup kita BERKAT! Kita Doakan agar pemimpin kita mempunyai ROH ISLAM Agar segala hidup kita mengikut lunas-lunas Al-Quran & As-Sunnah yang diwariskan Rasulullah s.a.w. Ingat, Sayidina Umar r.a meletakkan solat sebagai satu KPI memilih pemimpin. Hayatilah kata-kata Amirulmukminin: “Kupandang solat sebagai syarat utama untuk memilih kepimpinan. Jika seseorang menjaga solatnya, kemungkinan besar dia dapat menjaga amanah dan amalan lain!” Wakil rakyat yang bersama-sama rakyat ialah yang sering “bersama-sama” Allah dalam solatnya! Pilihlah mana hati kita, BENAR atau PALSU!

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s