Archives

Marahlah Demi Sakinah!

DSC_0021

Salam Sayang, Salam Rindu, Salam Satu Ummah…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat Dan Salam Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh Ahli Keluarga Baginda. Alhamdulillah, berkesempatan menulis semula dalam Blog selepas lama menyepi…Sahabat yang dirindui, Rasulullah SAW Bersabda:- “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah SWT memudahkan baginya jalan menuju ke syurga” (HR Muslim).

Berjuanglah mencari Ilmu sedaya mungkin, berjuanglah selagi mampu, berjuanglah demi Agamamu…Berjuang perlu ada Marah namun berjuang BUKAN  kerana MARAH! Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:- “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Ali ‘Imran 3: 133-134).

Usah Marah melulu Sahabat, Usah Marah Terburu-buru…Kelak diri anda yang MALU!

ORANG KUAT

“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam pegaduhan tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan perasaan marahnya.”

(HR Bukhari & Muslim)

ALLAH REDA

“Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah, daripada meneguk kemarahan kerana mengharap keredaan Allah.”

(HR Ahmad)

DAPAT AMAN & IMAN

“Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah kecuali Allah akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.”

(HR Abu Dawud)

WASIAT TERBAIK

Seseorang berkata kepada Nabi: berwasiatlah kepadaku. Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.” Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.”

(HR Bukhari)

Kawal Marah Anda, Jaga Marah Anda, Marahlah Bila Perlu…Marahlah Demi Sakinah!

Kita Hamba, Memang Layak Diuji!

Cr Khairulniza Mohd Salleh

Jumaat, 14 Ogos 2015, Pusat Kaunseling MAINS.

Advertisements

..::NUR AMNI BATRISYIA::..

Salam sayang buat semua Sahabat-Sahabat…:-)

Alhamdulillah, Setiap insan memerlukan pasangan. Begitu juga setiap Pasangan Suami Isteri memerlukan ZURIAT sebagai penyambung keturunan. Dalam bergembira, kadangkala terbit rasa hiba. Sesuatu yang kita cinta, adakalanya hilang begitu SAHAJA. Namun, Hanya Allah SWT Maha Mengetahui Apa yang terbaik untuk Hambanya. Tanggal 21 Mei 2013 Bersamaan 11 Rejab 1434H…Tepat Jam 6.58pm di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah….Lahirnya Seorang Lagi Umat Nabi Muhammad SAW di Muka Bumi Allah SWT ini. Gembira Rasa dihati, kerana zuriat yang dinanti sudah pun selamat dilahirkan. Kini, tanggungjawab sebagai Seorang AYAH & IBU Telah bermula untuk mendidik anak ini menjadi Insan Solehah & Pejuang Agama Islam Yang MULIA.

SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu diatas kurniaan Yang Sangat Berharga Ini.

(DOA SEORANG AYAH)

Sejujurnya, saya merasa teruja diatas kelahiran PUTERI Sulung saya ini. Tak berhenti saya berdoa agar PUTERI saya ini senantiasa dilindungi ALLAH SWT. Ketika ingin melaungkan AZAN di telinga PUTERI saya, Hanya ALLAH SWT yang tahu betapa hiba dan sayunya hati saya kerana telah bergelar seorang bapa. Tak putus saya berdoa…Ya Allah, kau jadikanlah ANAKKU ini seorang INSAN Yang Solehah. Duhai puteriku…ABI berdoa, agar dirimu sentiasa tenang dalam mengharungi cabaran dan ujian HIDUP. SYUKUR Itu Sangat indah bila dasarnya Bersulam SABAR!

NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA

Setelah semuanya selesai, kami telah bersetuju meNAMAkan PUTERI kami ini…NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA.

NUR – CAHAYA

AMNI – KETENANGAN

BATRISYIA – CERDIK/PINTAR

UCAPAN TERIMA KASIH

Terima Kasih YA ALLAH atas kurnia yang sangat berharga ini. Akanku jaga AMANAH ini sebaik mungkin. Juga Jutaan Terima Kasih Buat Ayahanda & Bondaku EN MOHD SALLEH BIN HAMZAH serta PN HAFIZAH BINTI HJ ISMAIL kerana tidak putus BERDOA dan memberi semangat kepada diriku ini. Tidak dilupakan juga, Ribuan Terima Kasih Buat Ayah & Ibu Mertuaku EN MOHD KHARI BIN MUSTAFA serta PN SITI ZAITON BINTI SALLEH kerana bersusah payah menemaniku bermalam di HOSPITAL. Jasa Kalian SEMUA Akan aku ingin sampai BILA-BILA!

Tidak Dilupakan juga, Adik-adikku…adik-adik iparku…Mak Saudaraku..Bapa Saudaraku…Pak Menakanku…Mak Menakanku…Sahabat-Sahabatku…Seluruh Warga Kerja Pusat Kaunseling MAINS, Warga Kerja MAINS dan semua yang mendoakan Keluargaku dengan Ucapan HANYA ALLAH SWT Yang Mampu Membalas Jasa KALIAN SEMUA…Terima Kasih SEMUA, Terima Kasih YA ALLAH!

GAMBAR NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA

DSC_0121

Terima Kasih SEMUA!

ABE.CUTE EDUCATION….:-)

::Anda BERHAK Berubah!::

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang…..

Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah  aman tidak lagi hdup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang….?

Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Azab Allah Ta’ala Tiada Siapa Boleh Halang!

Ingatlah Wahai Remaja…Hari ini Kita berhadapan dengan DUNIA yang serba CANGGIH dan Penuh dengan Pelbagai PENIPUAN…Usah LEKA, USAH ALPA…ANDA PEWARIS MASA DEPAN MEGARA…BERUBAHLAH, Kerana ALLAH SWT Sangat Mencintai ORANG YANG SENANTIASA Memperbaiki Akhlaknya…Semoga ANDA Semua Berjaya Di Dunia & Akhirat…:-)

Abe.Cute Education

http://www.facebook.com/NicenizaR

Nasihatlah Biarpun PAHIT!

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan yang ceria serta baik untuk meneruskan DAKWAH untuk menyeru Manusia ke Jalan Allah SWT. Sahabat Sekalian, pernah saya ditanya oleh seorang Hamba Allah, “Mengapa bila kita menasihati atau menegur sahabat kita, kadang dia tak dapat terima dan adakalanya dia langsung tidak mengendahkannya?”. Sambil tersenyum saya menjawab, “Nasihatlah biarpun pahit…”. Alhamdulillah, saya teringat satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian. “Terdapat seorang pelajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghazi bin Qais, beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini. Sebelum ini, beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka. Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah, al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lelaki itu terus duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu. Al-Ghazi segera menegur lelaki tersebut: “Wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Duduk di dalam masjid tanpa melakukan solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau orang yang jahil dengan hukum agama.”

Nasihat ini dilihat cukup kasar. Namun begitu, orang yang dinasihati itu tidak berkata apa-apa. Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat seperti yang disuruh. Selesai solat, beliau duduk bersandar di sebuah tiang masjid. Tidak lama kemudian, al-Ghazi melihat para pelajar mula memasuki masjid. Anehnya, seorang demi seorang duduk mengelilingi lelaki yang ditegurnya tadi sehingga terbentuk satu kumpulan yang cukup besar. Al-Ghazi tertanya-tanya, siapakah lelaki ini sebenarnya? Lalu, beliau mendekati seorang murid dan bertanya kepadanya: “Siapakah orang ini?” Murid tersebut menjawab: “Dia Ibn Abi Zi’b. Beliau seorang imam fiqah dan tokoh ulama yang dihormati di Madinah.”

Al-Ghazi bagai disambar petir. Beliau berasa sangat malu kerana baru sahaja mencela seorang ulama besar Madinah. Lantas, beliau segera mendatangi Ibn Abi Zi’b dan meminta maaf kepadanya. Namun, apa respons ulama besar ini??? Beliau hanya berkata: “Wahai saudaraku, engkau tidak salah. Engkau hanya menyuruhku melakukan kebaikan, lalu aku mematuhi perintahmu.” (Al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Bar, al-Tamhid Sharh al-Muwatta‘)

 

Nah, sekarang bagaimana ANDA Rasa?? Ingin menasihati atau menerima nasihat?? Positifkan diri anda agar sedia menerima nasihat dan kita akan rasa lebih tenang dari sebelum ini. Kita sebagai INSAN yang hebat namun kadangkala kita akan tersilap dalam berkata-kata. Harus diingat, bila kita sentiasa IKHLAS pasti Allah SWT akan Gandakan USAHA kita. Nasihatilah dengan sopan, dengan cara yang terbaik agar orang yang beri nasihat serta orang yang menerima nasihat masing-masing dapat pahala serta gembira. Inilah yang disebut win-win situation!!! Inilah kuasa, inilah kehebatan…..Nasihat!:-

 

 

Wahai sahabat sekalian…tinggalkan 10 perkara yang sering Dibazirkan…Jom Kita sama-sama kita hayati, moga-moga menjadi peringatan untuk kita bersama:-

1. ILMU : Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.

2. AMALAN : Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan IKHLAS.

3. HATI : Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

4. HARTA : Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah SWT.

5. CINTA : Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah SWT.

6. MASA : Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

7. ZIKIR : Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.

8. TUBUH BADAN : Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.

9. KESIHATAN : Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.

10. KEPINTARAN : Dibazirkan dengan tidak berfirkir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.

Moga sama-sama kita menjadi seorang penasihat yang terbaik untuk orang yang ingin mendapatkan nasihat. Moga sahabat-sahabat terus BERDAKWAH untuk sentiasa terus ISTIQAMAH dalam melakukan kebaikan kepada-Nya…Insya-Allah…:-)

Abe.Cute Publishing…:-)

::Kerjaya Insan Bernama PELAJAR::

SEBAB-SEBAB MEMILIH PEKERJAAN

LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.

Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya.

“Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,’ katanya kepada Utusan.

Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:
realistik (realistic)
penyelidikan (investigative)
artistik (artistic)
sosial (social)
keusahawanan (enterprising)
konvensional (conventional)

Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.

Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.

Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.

Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.

“Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,” jelasnya.

Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya ‘penghijrahan’ dalam kerjaya.

Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.

“Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,” ujarnya.

Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.

Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.

Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.

Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami ‘gangguan’.

Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.

Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.

Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.

Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.

Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.

Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.

Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.

Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.

“Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,” tegasnya.

Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.

Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.

Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.

Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:

1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah

2. Bidang penulisan dan komunikasi

3. Bidang saintifik/perubatan

4. Bidang perkeranian dan pentadbiran

5. Bidang seni reka dan kreatif

6. Bidang teknikal

7. Bidang keusahawanan

8. Bidang perkhidmatan

 

 

Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan

(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)

Pentadbiran dan pengurus bank

Perancang dan pengurus kewangan

Pengurus dan agen insurans

Eksekutif jualan dan pemasaran

Pengurus pengiklanan

Eksekutif akaun

Akauntan/juruaudit

Aktuari

Pegawai bank

Pemerosesan data

Penganalisis data

dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi

(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)

Wartawan

Editor

Jurubahasa

Penterjemah

Penerbit rancangan radio/televisyen

Pengacara radio/televisyen

Penulis skrip

Perunding komunikasi

dan lain-lain

3. Perubatan/Sains

(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)

Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)

Doktor haiwan

Jururawat

Pembantu makmal/pembantu perubatan

Juru radiologi

Ahli farmasi

Juru terapi

Saintis

Ahli biologi/kimia

Pakar nuklear

Ahli geologi/geofizik

dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran

(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)

Pengurus perjawatan

Pegawai sumber manusia

Pegawai tadbir

Pembantu undang-undang

Kerani

Setiausaha

dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti

(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)

Pelukis

Pelukis grafik/batik

Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya

Pereka bentuk dalaman

Jurugambar

Juru solek

dan lain-lain

6. Teknikal

(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)

Arkitek

Perancang Bandar dan Wilayah

Juruteknik

Juruukur

Mekanik

Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)

Pakar runding (

Dan lain-lain

7. Keusahawanan

(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)

Perniagaan runcit

Perusahaan Kilang

Pemborong

Kontraktor

Pengusaha hotel

Perusahaan bengkel

Perusahaan butik

dan lain-lain

8. Perkhidmatan

(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)

pensyarah/guru

Pustakawan

Pegawai Perhubungan Awam

Peguam/pendakwaraya/hakim

Polis/askar

Pemandu pelancong

Kaunselor

Pramugari/pramugara

Tukang masak profesional

dan lain-lain

 

P/S: Khas Untuk Adik-Adik Yang Ingin Khidmat Kaunseling Kerjaya…Tidak Tahu Ke Mana Arah Selepas SPM??? Jom Kita Kongsi Minat dan Hala Tuju Kerjaya Adik-Adik…:-) “ANDA BUNTU, KAMI BANTU”

 

Abe.Cute Education

 

 

Sunnah Rasulullah SAW Ketika Makan

Assalamualaikum, Salam Syawal 1433H Serta Syukur Syawal Pertemukan Kita…Teruskan berdoa dan beribadat kepada-Nya…Alhamdulillah, dengan izin-Nya maka Pintu Syawal Masih terbuka untuk kita meraikannya serta memohon kemaafan agar SILATURRAHIM kita terus Bersemi dan Terbina Dalam Rahmat dan Kasih-Sayang ALLAH SWT. Baiklah, diharapkan umat ISLAM di serata Pelusuk Dunia berada dalam keadaan Sihat Hendak-Nya…Semua sedia maklum, tibanya Bulan Syawal kurangnya “Dapur Berasap”, “Rumah Terbuka” dan “Sambutan Hari Raya” akan ‘berpusu-pusu’ masuk ke dalam INBOX  jadual peribadi setiap orang..hehehe…Namun, harus diingat perlu jaga permakanan serta periksa makanan yang hendak dimakan agar benar-benar bersih, halal serta baik. JOM, saya kongsikan SUNNAH RASULULLAH SAW Ketika baginda makan…Apa lagi, JOM IKUT & UBAH!

Kita sedia maklum, di Malaysia telah menunjukkan statistik kematian yang begitu tinggi angkara pemakanan yang tidak berkhasiat. Hal ini lebih membimbingkan kerana ia melibatkan golongan yang lebih muda. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya situasi begini adalah disebabkan kurang bersenam, makanan yang kotor serta berlemak dan tidak mengawal pemakanan dengan baik. Kajian menunjukkan, bangsa melayu yang paling ramai meninggal dunia angkara MAKAN. Nabi Muhammad s.a.w berpesan pada umatnya, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ingat, apa yang kita makan akan mempengaruhi peribadi kita. Ayuh kita ikuti Sunnah Rasulullah s.a.w ketika baginda makan.

“Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Kajian menunjukkan, 80% penyakit datang dari perut. Justeru itu, benarlah apa yang kita makan mempengaruhi peribadi kita.

Mengapa kita makan menggunakan tangan? Kita kurang teliti soalan ini. Jawapannya adalah mengikut sunnah Rasulullah saw, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanan lalu baginda biarkan sebentar dan baginda akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kelingking, lalu baginda menghisap garam itu. Kemudian barulah baginda makan. Kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Garam ialah sumber mineral yang mujarab kerana dengan izin Allah, garam boleh dijadikan penawar bagi segala racun. Mengikut Doktor di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. Ramai manusia lupa, Rasulullah mengajar kita makan buah dahulu sebelum makan nasi. Jika kita survey rata-rata orang islam terlupa bahawa Rasulullah mengajar kita dalam satu bulan Ramadhan berbuka dengan buah tamar terlebih dahulu semasa perut kosong. Pakar permakanan sendiri akui bahawa buah-buahan dimakan ketika perut kosong supaya penghadaman buah-buahan itu segera serta dapat membantu penghadaman makanan-makanan yang lain.

Rasulullah saw ketika makan, baginda akan mengunyah sehingga 40 kali supaya makanan itu benar-benar lumat agar perut kita senang untuk memproses makanan. Lihat, bagaimana peribadi Rasulullah, baginda seorang penyabar serta penyayang kepada semua manusia. Justeru itu, benarlah apa yang kita makan dan bagaimana cara kita makan akan mempengaruhi diri kita. Satu lagi sunnah Rasulullah, sebelum makan pastikan kita membaca Basmalah (Bismillahirahmanirrahim). Perlukah kita membacanya? Sangat-sangat perlu kerana jika kita membacanya, dengan izin Allah kita akan terhindar dari sebarang penyakit. Ingat, bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca bakteria dan racun akan musnah dari makanan itu.

Untuk RENUNGAN Bersama:-

“Di Dalam Al-Quran ALLAH SWT Tidak Memuji Nabi-Nya Kerana Keindahnya Fizikalnya Yang Sangat Sempurna Namun Baginda SAW Dipuji Kerana Kehebatan AKHLAKNYA Yang Luar Biasa”

ALLAH SWT Berfirman:- “Sesungguhnya Engkau (Muhammad) benar-benar memiliki budi pekerti yang tinggi” (Surah Al-Qalam : 4)

Ingatlah wahai insan, perkara yang kita anggap remeh-temeh ini sebenarnya membawa impak yang besar. Jika kita berhati-hati, nescaya kita selamat dari segala pennyakit. Pesan Rasulullah, cara makan yang cemerlang ialah makan waktu lapar dan berhenti sebelum kenyang. Wallahu’alam.

 

Dari Tinta Berbicara,

NicenizaR

TAUBAT SUKAR?

Assalamualaikum wbt…

Salam Ramadhan pada semua umat ISLAM yang berada di seluruh dunia…Diharapkan anda berada dalam keaadaan sihat hendak-Nya.. Hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ‘buah tangan’ saya yang tak seberapa ini berkenaan dengan TAUBAT…Saudara dan saudari yang ku kasihi dan ku cintai kerana ALLAH, rata-rata masih lagi ada golongan yang mempermainkan perkataan TAUBAT ini, mereka menukar dengan perkataan ‘TAU BUAT’…Em, sedarlah kita semakin ke akhir garisan menuju ke ‘mahkamah’ Rabbul Jalil yang mana tiada seorang pun makhluk ALLAH SWT yang akan terlepas dari di adili oleh-Nya. Hari ini kita boleh berbangga dengan KUASA, Hari ini kita boleh sombong dengan HARTA, Hari ini kita boleh riak dengan PANGKAT! Sesungguhnya TIADA apa yang dapat dibanggakan bila Di Hadapan ALLAH SWT kelak…Saya mulakan nukilan saya dengan sebuah SYAIR ARAB yang berbunyi:-

Berapa ramai anak-anak muda
yang sedang bermain pagi dan petang
sedangkan kain-kain kafannya dah mula dikoyakkan orang…tetapi dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil yang diharapkan lahir
menjadi orang yang hebat
tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis yang dihias indah
pada malam pengantinnya, rupa-rupanya pada keesokan harinya orang datang
untuk menguruskan jenazahnya.

 
Inilah hakikat kematian yang jarang-jarang kita ‘ambil berat’ dan harapkan orang ambik berat tentang diri kita..sedarkah kita, nanti kita di KUBUR keseorangan juga kan?? Em, usah tertipu dengan kata-kata sinis atau hasutan: “Ah, kau muda lagi…tubuh masih kuat, enjoylah dulu!”, “Aku tengok engkau ni sihat, diet selalu, senam setiap masa…mesti xde penyakit kn.” Ingat, ramai orang lelaki mampu mengangkat berat seberat 100kg untuk membina badan namun xramai orang lelaki yang mampu mengangkat ‘Takbiratul Ihram’ yang tak sampai berapa kilogram. Alangkah ruginya manusia yang melewat-lewatkan TAUBAT yang terbuka luas sehinggalah….nyawa sudah berada di halkum dan apabila matahari terbit dari barat ke timur. Haa…sempat lagi bertaubat ni, JOM!

Abdullah bin Umar mengingatkan:-

“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” {Riwayat al-Bukhari}

Wahai sahabat semua, ini berita baik untuk orang-orang yang bertaubat…

1. Petua kejayaan

Firman Allah SWT:- “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan).” (Surah al-Nur 24:31)

2. Lupus dosa

Firman Allah SWT:- “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (Surah al-Tahrim 66: 8)

3. Keburukan diganti dengan kebaikan

Mafhum ayat al-Quran ini : “Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh, maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan 25: 70)

4. Anugerah dan nikmat

Firman Allah SWT:- “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.” (Surah Hud 11: 3)

5. Dicinta Allah

Firman Allah SWT:- “Sesungguhnya Allah menyukai orang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (Surah al-Baqarah 2: 222)

Alhamdulillah, mudah-mudahan sudah terjawab persoalan yang berbunyi “TAUBAT SUKAR?”. Moga-moga kita terus berada dalam lindungan kasih sayang-Nya dan disayangi oleh-Nya bukan untuk hari ini sahaja bahkan untuk selama-lamanya..Insya-Allah…:-)

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR.