…Renungan Ramadhan 1434H…

 

Ramadan-Mubarak-Wallpaper

RENUNGAN RAMADHAN

(AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN)

Assalamualaikum Semua Sahabat Serta Pembaca Setia Blog Tinta Berbicara…J

Sudah hamper seminggu kita menyambut kehadiran Bulan yang penuh kemuliaan serta keampunan ini. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk terus ISTIQAMAH dalam mencari Rahmat Allah SWT. Macam mana dengan PUASA Sahabat semua? Teruskan Bersabar dan Berdoa, Moga KETABAHAN tetap milik kita. Sahabat, sesungguhnya selalu kita mendengar tentang segala KEHEBATAN yang Allah SWT kurniaan pada setiap hamba-Nya yang benar-benar BERIMAN kepada segala TAKDIR Allah SWT. Maka, setiap yang kita lakukan akan diGANDAkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadhan Yang Mulia ini. Jom, ikuti sedikit perkongsian dari penulis tentang TUJUH PERKARA Yang Membawa KEMULIAAN…:-

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT dan dihadapan malaikat dengan perkara berikut:-

 

  • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
  • Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
  • Hidup dan mati dalam kebaikan.

 

Tujuh (7) perkara tersebut ialah:-

 

  1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.
  2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
  3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.
  4. Melafazkan Insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.
  5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
  6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji’un) pada setiap musibah.
  7. Melafazkan Syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.

 

Teruskan mengharap RAHMAT ALLAH SWT…J

RAHMAT ALLAH MELIPUTI SEGALA SESUATU

 

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (jika tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya, rahmat Allah dekat dengan orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah al-A’raf 7:56)

 

  

TIGA KATEGORI GOLONGAN YANG SELALU MENGHARAP RAHMAT ALLAH SWT

 

“Sesungguhnya, orang yang beriman, berhijrah dan berjuang di jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) ialah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah 2:218)

 

 

PERINTAH ALLAH SWT KEPADA MANUSIA UNTUK SELALU MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH SWT

 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya kamu tidak membuat dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa. Lalu, mereka memohon keampunan kepada Allah dan Dia memberi keampunan kepada mereka.” (Riwayat Muslim)

 

 

Teruskan BERZIKIR, Teruskan BERFIKIR!

Luar Biasa SUNGGUH kekuatan ZIKIR, Luar Biasa SUNGGUH kekuatan FIKIR…

SEMOGA Hati & Lidah KITA Tidak Jemu untuk senantiasa BERZIKIR Kepada Allah SWT!

 

SALAM RAMADHAN 1434H

Renungan Ramadhan, Rindumu Ramadhan…J

Abe.Cute Production ©

Advertisements

..::NUR AMNI BATRISYIA::..

Salam sayang buat semua Sahabat-Sahabat…:-)

Alhamdulillah, Setiap insan memerlukan pasangan. Begitu juga setiap Pasangan Suami Isteri memerlukan ZURIAT sebagai penyambung keturunan. Dalam bergembira, kadangkala terbit rasa hiba. Sesuatu yang kita cinta, adakalanya hilang begitu SAHAJA. Namun, Hanya Allah SWT Maha Mengetahui Apa yang terbaik untuk Hambanya. Tanggal 21 Mei 2013 Bersamaan 11 Rejab 1434H…Tepat Jam 6.58pm di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah….Lahirnya Seorang Lagi Umat Nabi Muhammad SAW di Muka Bumi Allah SWT ini. Gembira Rasa dihati, kerana zuriat yang dinanti sudah pun selamat dilahirkan. Kini, tanggungjawab sebagai Seorang AYAH & IBU Telah bermula untuk mendidik anak ini menjadi Insan Solehah & Pejuang Agama Islam Yang MULIA.

SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu diatas kurniaan Yang Sangat Berharga Ini.

(DOA SEORANG AYAH)

Sejujurnya, saya merasa teruja diatas kelahiran PUTERI Sulung saya ini. Tak berhenti saya berdoa agar PUTERI saya ini senantiasa dilindungi ALLAH SWT. Ketika ingin melaungkan AZAN di telinga PUTERI saya, Hanya ALLAH SWT yang tahu betapa hiba dan sayunya hati saya kerana telah bergelar seorang bapa. Tak putus saya berdoa…Ya Allah, kau jadikanlah ANAKKU ini seorang INSAN Yang Solehah. Duhai puteriku…ABI berdoa, agar dirimu sentiasa tenang dalam mengharungi cabaran dan ujian HIDUP. SYUKUR Itu Sangat indah bila dasarnya Bersulam SABAR!

NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA

Setelah semuanya selesai, kami telah bersetuju meNAMAkan PUTERI kami ini…NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA.

NUR – CAHAYA

AMNI – KETENANGAN

BATRISYIA – CERDIK/PINTAR

UCAPAN TERIMA KASIH

Terima Kasih YA ALLAH atas kurnia yang sangat berharga ini. Akanku jaga AMANAH ini sebaik mungkin. Juga Jutaan Terima Kasih Buat Ayahanda & Bondaku EN MOHD SALLEH BIN HAMZAH serta PN HAFIZAH BINTI HJ ISMAIL kerana tidak putus BERDOA dan memberi semangat kepada diriku ini. Tidak dilupakan juga, Ribuan Terima Kasih Buat Ayah & Ibu Mertuaku EN MOHD KHARI BIN MUSTAFA serta PN SITI ZAITON BINTI SALLEH kerana bersusah payah menemaniku bermalam di HOSPITAL. Jasa Kalian SEMUA Akan aku ingin sampai BILA-BILA!

Tidak Dilupakan juga, Adik-adikku…adik-adik iparku…Mak Saudaraku..Bapa Saudaraku…Pak Menakanku…Mak Menakanku…Sahabat-Sahabatku…Seluruh Warga Kerja Pusat Kaunseling MAINS, Warga Kerja MAINS dan semua yang mendoakan Keluargaku dengan Ucapan HANYA ALLAH SWT Yang Mampu Membalas Jasa KALIAN SEMUA…Terima Kasih SEMUA, Terima Kasih YA ALLAH!

GAMBAR NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA

DSC_0121

Terima Kasih SEMUA!

ABE.CUTE EDUCATION….:-)

::Sebening Titipan: HURUL ‘AIN::

Assalamualaikum Semua Sahabat-Sahabat Serta Penggemar Bacaan Ilmiah SEMUA!

Semoga Dalam Keadaan Sihat Walafiat Hendak-Nya…:-)

Sedang lena menonton Cerita di laptop saya yang sangat comel ini, tiba-tiba berbunyi mesej MASUK! Hurm…Mesti dari Isteriku Tercinta…Bisik Hati Kecil…Yup,Tepat sekali! Isteri saya tanya: “Abg, hurul ‘ain ni nama bidadari ka?” Em…saya jawab mungkin kot…hehehe…”Takpe, nanti abg cari ek betul atau tidak…” Hati kecil terus terdetik: ~Best gak jika letak nama anakku Hurul ‘Ain~ 🙂

“HURUL ‘AIN BINTI KHAIRULNIZA”

Bermulalah Sebuah Pengembaraan: PENA HIKAYAT HURUL ‘AIN

Tanpa berfikir terus buka lagu nyanyian kumpulan MESTICA bertajuk HURUL ‘AIN..em,best lagunya…Nah, saya kongsikan Lirik Lagu HURUL ‘AIN untuk ANDA! :

Sinar matamu Hurun Ain
Menerbitkan cinta
Adakah dapat bersama
Bahagia di syurga

Sinar cahaya matanya
Terbitkan rasa cinta
Tidak yang terhina
Berada di sampingnya

Layakkah diri ini
bersama bersemadi
Menikmati alam syurga
Tanpa rasa duka

Telah taatkah jiwa
Yang berikrar setia
Menyempurnakan janji
Dimeterai di azali

Diumpama kejora
Cemerlangnya cahaya
Seluruh keindahan
Dilimpahkan TUhan
Kaulah bidadari
Yang setia menanti
Hamba pilihan Ilahi
Di alam abadi

Saratnya khilaf diri
Rapuhnya hati ini
Mungkinkah akan tersisih
Dari yang terpilih

Layakkah diri ini
Bersama bersemadi
Nikmati alam syurga
Tanpa ada rasa duka

Ya Allah, tersentuh hati mendengar lagu serta meneliti bait-bait lirik ini…Moga-Moga Kita semua Diberikan HURUL ‘AIN dalam diri kita di SYURGA Nanti…Amin:-)

KONGSI & ISI : TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBACA & MEMBACA

Alhamdulillah, saya rasa teruja membaca kisah ini…Saya terjumpa sebuah Kisah Nukilan Seorang Penulis Blog tentang HURUL ‘AIN..Terima Kasih Ye Sahabat…Mohon Share di Dalam Blog Saya…Oklah, saya kongsikan kisah HURUL ‘AIN ini buat tatapan ANDA Semua dan terima kasih SEMUA Sahabat yang terus membaca hasil tulisan saya..Moga-moga ANDA Semua diberkati ALLAH SWT…JOM HIJRAH KERANA ALLAH SWT…:-)

KLIK DISINI:- http://jalankupulang.wordpress.com/hurul-ain/

Dari Pena Pengarang,

NicenizaR 2687

HATI BENAR VS HATI PALSU

Salam sahabat semua…Moga-moga dalam keadaan sihat selalu…Kali ini saya ingin kongsikan secebis rasa atau sebening kata untuk bacaan, perkongsian bersama sahabat-sahabat semua…Kadangkala, hati ini sering berkata: “Bila nak bertaubat?”. Pelbagai jawapan akan timbul dari pelbagai ‘HATI’ yang menjawab. Renung-renungkan, semoga secebis nukilan ini dapat memberi manfaat kepada sahabat semua…JOM Baca Kisah yang saya nukilkan dalam laman Tinta Berbicara pada kali ini…Hati Benar VS Hati Palsu!

 

Sayidina Umar r.a bertanya kepada sahabat-sahabatnya: “Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin pembantuku, adakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?”

 

Sahabat-sahabatnya menjawab: “Sudah tentu, Wahai Amirulmukminin…” Sebaliknya, Umar r.a memberitahu: “Belum, sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!” Nah, bagaimana dengan kita? Sudahkah terlantik orang yang baik itu? Tentu sukar bukan? Dan sudahkah orang yang baik itu melaksanakannya? Yang kedua ini lebih-lebih sukar lagi!

 

“HATI ITU BERSIFAT BOLAK-BALIK. RASULULLAH S.A.W MEMBERI PERUMPAAAN, HATI BAGAIKAN KUAH YANG SEDANG MENDIDIH DAN MENGGELEGAK, SIMPANG-SIURNYA BEGITU LICIK, NAIK TURUN DAN BERBOLAK-BALIK”

 

HATI MANUSIA

  1. Mutaqqin        : Umpama pelita yang bercahaya, bersih dan memancar sinar kesucian dan kebaikan.

 

  1. Orang Kafir    : Hitam, terbalik serta menabur kegelapan dan kejahatan.

 

  1. Munafik          : Berbungkus hijab kepura-puraan, bertopengkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran.

 

  1. Orang Fasiq   : Keadaan melintang, tegak tidak dan tersembam tidak, bahkan senantiasa di atas pagar antara kebenaran dengan kebatilan.

 

Checklist hati kita sama-sama, mana satu yang sesuai…Hari ini kita mengaku CINTA Pada RASULULLAH S.A.W namun ADA segelintir MANUSIA yang masih terikut-ikut budaya BARAT! Masih lagi ingkar Perintah ALLAH. Layakkah kita semua duduk di Bumi Allah ini? Tanya diri kita…Bila nak bertaubat? 2 Tahun lagi? Sempatkah?.

 

3 Golongan Terawal Diseret ke Neraka

 

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang 3 golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

 

ILMUWAN

Menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.

 

DERMAWAN

Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.

 

SYAHID

Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

 

*Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari HATI. Senantiasa koreksi diri agar HATI selalu bersih! Muhasabah Diri agar lebih diberkati!

 

Teguhkan hati kita dengan SOLAT! Agar hidup kita BERKAT! Kita Doakan agar pemimpin kita mempunyai ROH ISLAM Agar segala hidup kita mengikut lunas-lunas Al-Quran & As-Sunnah yang diwariskan Rasulullah s.a.w. Ingat, Sayidina Umar r.a meletakkan solat sebagai satu KPI memilih pemimpin. Hayatilah kata-kata Amirulmukminin: “Kupandang solat sebagai syarat utama untuk memilih kepimpinan. Jika seseorang menjaga solatnya, kemungkinan besar dia dapat menjaga amanah dan amalan lain!” Wakil rakyat yang bersama-sama rakyat ialah yang sering “bersama-sama” Allah dalam solatnya! Pilihlah mana hati kita, BENAR atau PALSU!

 

 

 

Assalamualaika Ya Rasulullah

Dua kalimah syahadah adalah BUKTI bahawa “cinta” kepada ALLAH dan RASULULLAH SAW tidak terpisah. Cinta Allah itu tujuan, Cinta Rasulullah itu jalan. Tidak mungkin tercapai tujuan “lailahaillallah” tanpa mengikut jalan “Muhammad Rasulullah”.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” (Riwayat al-Bukhari)

*Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat. (Fath al-Bari)

Sahabat sekalian, kesenangan dan kesusahan adalah dua bentuk ujian yang senantiasa hadir tanpa kita sedari. Carilah Allah di sebalik setiap ujian dan bersyukur atas segala nikmat-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya dikala susah mahupun senang. Jom hayati sedikit nota “hitam & putih” kehidupan insan serta koreksi diri kita untuk sentiasa bersungguh mencari Syurga Allah SWT.

“Apabila lapar, Orang Miskin akan berkata: Apa kita nak makan hari ini?”

“Apabila lapar, Orang Kaya akan berkata: Di Mana kita nak makan hari ini?”

“Apabila lapar, Orang Jahat akan berkata: Siapa kita nak “MAKAN” hari ini?”

Em, Nah! sekarang ANDA yang mana? Muhasabah diri agar sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT. Sentiasalah kita cuba sedaya upaya kita mencintai Rasulullah SAW sepenuh hati. Keselamatan kita di dunia dan akhirat bergantung kepada sejauh mana kita mencintai Rasulullah SAW. Orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya. Apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu. Ya, begitulah sifir cinta kepada Rasulullah SAW.

Kaedah mencintai Rasulullah SAW:

1. Mengenali Rasulullah

*Tanya dalam diri kita: “Jika Rasulullah bersama-samaku, bagaimanakah rasa, kata dan tindakan kita ketika berdepan dengan dengan suasana ini?’ Mengenali Rasulullah melibatkan dua (2) dimensi: 1. Lahiriah: Personaliti Rasulullah yang merangkumi nama, rupa fizikal, ahli keluarga dan lain-lain. 2. Rohaniah: Aspek keyakinan, prinsip dan strategi perjuangan Rasulullah.

2. Mematuhi ajaran Rasulullah

*Pepatah Arab menukilkan: “Seseorang akan menjadi hamba kepada perkara yang dicintainya.” Imam al-Hasan al-Basri dan para salaf pernah menyatakan: “Sesuatu kaum mendakwa bahawa mereka mencintai Allah, lalu mereka diuji oleh Allah dengan menurunkan ayat 31 surah Ali ‘Imran yang bermaksud: ‘Katakan: ‘Jika benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku.” Setiap kali berarak, marhaban, bernasyid dan berselawat pada hari keputeraan Rasulullah, sepatutnya peringatan daripada al-Hasan al-Basri inilah yang lebih dititikberatkan. 

3. Memuliakan dan menghormati Rasulullah

*Checklist Apa yang sudah kita lakukan untuk mencintai Rasulullah SAW…1. Adakah cara kita berpakaian, berekonomi, berpolitik dan mengatur sistem hidup yang lain telah mengikut seperti yang Rasulullah SAW bawa? 2. Sudahkah anak, isteri dan lain-lain ahli keluarga kita menutup aurat? 3. Adakah sistem ekonomi kita telah meninggalkan unsur-unsur riba, gharar dan elemen penindasan serta penzaliman yang lain? 4. Adakah budaya hiburan kita masih sarat dengan pergaulan bebas dan lain-lain unsur maksiat? 5. Adakah kita sudah berpolitik berlandaskan syariat dan menjunjung nilai akhlak islamiah? 6. Adakah semua ibadah habluminallah dan hablumminannas kita berada dalam kerangka mengikut Nabi Muhammad SAW?

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari untuk orang yang bersabar seperti memegang bara api. Mereka yang mengamalkan sunnah pada hari tersebut akan mendapatkan pahala 50 kali daripada kalian yang mengamalkan amalan tersebut.”

4. Mencintai keluarga, kaum kerabat dan sahabat Rasulullah

*Daripada Anas bin Malik r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Bakar dan Umar: “Inilah dua orang penghulu ahli syurga yang ‘dewasa’ di kalangan golongan yang terdahulu dan terkemudian melainkan para nabi dan para rasul.” (Riwayat al-Tirmizi)

Terdapat beberapa pandangan ulama pada maksud “dewasa” dalam hadis ini:

1. Orang yang berumur di antara tiga puluh hingga empat puluh tahun.

2. Orang yang berumur di antara tiga puluh hingga lima puluh.

3. Orang yang penyayang dan berakal. Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dalam keadaan mereka bersifat penyayang dan berakal. (Tuhfah al-Ahwazi)

5. Mencintai ulama yang gigih berdakwah

*Ulama ialah pewaris nabi. Mereka teguh berpegang dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan Islam sejak dahulu sehingga kini. Mereka memikul amanah untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam kepada umat setelah tidak akan ada lagi nabi atau rasul yang akan diutuskan kepada umat manusia. 

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut imu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengelurkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

Teruskan mencintai Baginda Muhammad SAW…Tiada lain idola kita melainkan Rasulullah SAW kerana segala-galanya sempurna tiada cacat cela. Bagaimana ingin bertemu dengan Rasulullah? Jawabnya, dengan mati dalam keadaan sedang berjuang menegakkan sunnahnya dalam seluruh aspek kehidupan! Wallahu ‘alam.

Sang Penyair:-)

::Anda BERHAK Berubah!::

PANTUN MALAS SEMBAHYANG

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,

Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,

Berdiri tanpa roh malam siang…..

Apasal la aku malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,

Negara pun dah  aman tidak lagi hdup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,

Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,

Main bola aku sanggup sampai petang,

Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang….?

Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,

Pagi kita sihat petang boleh kejang,

Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la aku bayang,

Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Azab Allah Ta’ala Tiada Siapa Boleh Halang!

Ingatlah Wahai Remaja…Hari ini Kita berhadapan dengan DUNIA yang serba CANGGIH dan Penuh dengan Pelbagai PENIPUAN…Usah LEKA, USAH ALPA…ANDA PEWARIS MASA DEPAN MEGARA…BERUBAHLAH, Kerana ALLAH SWT Sangat Mencintai ORANG YANG SENANTIASA Memperbaiki Akhlaknya…Semoga ANDA Semua Berjaya Di Dunia & Akhirat…:-)

Abe.Cute Education

http://www.facebook.com/NicenizaR

Nasihatlah Biarpun PAHIT!

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan yang ceria serta baik untuk meneruskan DAKWAH untuk menyeru Manusia ke Jalan Allah SWT. Sahabat Sekalian, pernah saya ditanya oleh seorang Hamba Allah, “Mengapa bila kita menasihati atau menegur sahabat kita, kadang dia tak dapat terima dan adakalanya dia langsung tidak mengendahkannya?”. Sambil tersenyum saya menjawab, “Nasihatlah biarpun pahit…”. Alhamdulillah, saya teringat satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian. “Terdapat seorang pelajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghazi bin Qais, beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini. Sebelum ini, beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka. Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah, al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid. Lelaki itu terus duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu. Al-Ghazi segera menegur lelaki tersebut: “Wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat. Duduk di dalam masjid tanpa melakukan solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau orang yang jahil dengan hukum agama.”

Nasihat ini dilihat cukup kasar. Namun begitu, orang yang dinasihati itu tidak berkata apa-apa. Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat seperti yang disuruh. Selesai solat, beliau duduk bersandar di sebuah tiang masjid. Tidak lama kemudian, al-Ghazi melihat para pelajar mula memasuki masjid. Anehnya, seorang demi seorang duduk mengelilingi lelaki yang ditegurnya tadi sehingga terbentuk satu kumpulan yang cukup besar. Al-Ghazi tertanya-tanya, siapakah lelaki ini sebenarnya? Lalu, beliau mendekati seorang murid dan bertanya kepadanya: “Siapakah orang ini?” Murid tersebut menjawab: “Dia Ibn Abi Zi’b. Beliau seorang imam fiqah dan tokoh ulama yang dihormati di Madinah.”

Al-Ghazi bagai disambar petir. Beliau berasa sangat malu kerana baru sahaja mencela seorang ulama besar Madinah. Lantas, beliau segera mendatangi Ibn Abi Zi’b dan meminta maaf kepadanya. Namun, apa respons ulama besar ini??? Beliau hanya berkata: “Wahai saudaraku, engkau tidak salah. Engkau hanya menyuruhku melakukan kebaikan, lalu aku mematuhi perintahmu.” (Al-Hafiz Ibn ‘Abd al-Bar, al-Tamhid Sharh al-Muwatta‘)

 

Nah, sekarang bagaimana ANDA Rasa?? Ingin menasihati atau menerima nasihat?? Positifkan diri anda agar sedia menerima nasihat dan kita akan rasa lebih tenang dari sebelum ini. Kita sebagai INSAN yang hebat namun kadangkala kita akan tersilap dalam berkata-kata. Harus diingat, bila kita sentiasa IKHLAS pasti Allah SWT akan Gandakan USAHA kita. Nasihatilah dengan sopan, dengan cara yang terbaik agar orang yang beri nasihat serta orang yang menerima nasihat masing-masing dapat pahala serta gembira. Inilah yang disebut win-win situation!!! Inilah kuasa, inilah kehebatan…..Nasihat!:-

 

 

Wahai sahabat sekalian…tinggalkan 10 perkara yang sering Dibazirkan…Jom Kita sama-sama kita hayati, moga-moga menjadi peringatan untuk kita bersama:-

1. ILMU : Dibazirkan dengan tidak mengamalkannya.

2. AMALAN : Dibazirkan dengan tidak melakukannya dengan IKHLAS.

3. HATI : Dibazirkan dengan tidak mengisi hati dengan cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

4. HARTA : Dibazirkan dengan tidak membelanjakan ke jalan Allah SWT.

5. CINTA : Dibazirkan dengan mengisi cinta selain cinta kepada Allah SWT.

6. MASA : Dibazirkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

7. ZIKIR : Dibazirkan apabila zikir tidak berkesan pada hati.

8. TUBUH BADAN : Dibazirkan dengan menggerakkan anggota badan bukan untuk ibadah.

9. KESIHATAN : Dibazirkan dengan tidak mensyukuri nikmat sihat sebelum sakit.

10. KEPINTARAN : Dibazirkan dengan tidak berfirkir tentang keajaiban makhluk ciptaan-Nya.

Moga sama-sama kita menjadi seorang penasihat yang terbaik untuk orang yang ingin mendapatkan nasihat. Moga sahabat-sahabat terus BERDAKWAH untuk sentiasa terus ISTIQAMAH dalam melakukan kebaikan kepada-Nya…Insya-Allah…:-)

Abe.Cute Publishing…:-)