{TENTANG SAYA}

TBPK

{ Nama sebenar beliau ialah Khairulniza Bin Mohd Salleh. Berasal dari Muar, Johor. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Muar, Johor pada 2 Jun 1987 bersamaan dengan 4 Syawal 1407 hijriah. Anak sulung dari tiga orang adik beradik. Memulakan pengajian di Sekolah Kebangsaan Sri Amar sehingga darjah 2 dan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 2 sehingga ke darjah 6. Seterusnya beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Arab Al-Quran Waddin sehingga tamat Tingakatan 5. Dengan keazaman yang tinggi, beliau menyambung pelajaran ke Ma’ahad Johor untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Berkat doa dan usaha beliau juga keluarga, beliau ditawarkan menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian. }

*Bermula dari bangku sekolah lagi, beliau amat meminati sukan bola sepak dan akhirnya berkecimpung dalam arena bola sepak sejak tahun 1996. Beliau mula serius dalam bola sepak dan akhirnya dipilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Bola Sepak Peringkat Sekolah pada tahun 1999 dan akhirnya telah muncul Johan Peringkat sekolah Negeri Johor. Semasa di sekolah Menengah pula, beliau aktif pelbagai sukan antaranya Bola Sepak, Ping Pong, Bola Tampar, Takraw dan Bola Baling. Selain itu juga, beliau juga aktif dalam berpersatuan antaranya Persatuan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Semasa di sekolah menengah juga, beliau pernah mewakili sekolah dalam Pertandingan Ihtifal Sekolah iaitu Nasyid (Kumpulan Sautul Rusydan) dan terlibat dalam pelbagai jemputan untuk persembahan nasyid. Tidak ketinggalan juga, beliau telah mewakili sekolah dalam acara sukan Bola Sepak, Sepak Takraw, Ping Pong, Bola Tampar dan Bola baling. Hasil kerjasama dari kawan-kawan beliau telah diundang untuk mengiringi pengantin dalam acara kompang dan sering diundang untuk membuat persembahan di sekitar Johor. Alhamdulillah, semasa bersama kumpulan nasyid Sautul Rusydan beliau telah mencipta sebuah lagu yang bertajuk “Silaturrahim” untuk kumpulan nasyid Sautul Rusydan. Kenangan yang dilalui di Sekolah Menengah amatlah indah sehingga beliau pernah dilantik menjadi Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar atau Ketua Pengawas Sekolah pada tahun 2004. Beliau juga pernah dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Timbalan Pengerusi Bahasa Arab dari Tahun 2003 hingga 2004.*

(Semasa di Universiti, beliau telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dan kelab antaranya Akademi Teater Rupawan Asli (ATRA), Kelab Sastera Kreatif dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM). Penampilan teater beliau yang pertama di USIM “Aku Ingin Mencari Tuhan” dan seterusnya “Tikar Mengkuang Hamparan Bulu” seterusnya Teater yang menjadi nadi kekuatan ATRA iaitu “Mencari Nur Muhammad”.)

#Beliau juga sering melibatkan diri dalam program-program motivasi sebagai fasilitator mahupun peserta. Beliau pernah mewakili sekolah dalam acara ihtifal sekolah dalam pertandingan Azan dan Hafazan. Semoga apa yang beliau hajati dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Dengan berkat doa dan azam serta tekad beliau sudah bersiap sedia menjadi seorang Kaunselor. Tidak pernah berpaling dari ujian kerana ujian itu akan mengajar kita mencipta pengalaman. Pengalaman mengajar erti hidup dan hidup ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memegang Amanah dari Pencipta Yang Maha Esa.#

Ku ulang semula madah ku cipta,
“Ke sana cinta, di sini jiwa, pandang ke mata, lantas hati bertanya, mengapa merindu dan menyayangi dia, kerna dia bisa buatku gembira…”

Segalanya kini tertunai jua…

Sang Penyair,
NicenizaR.

3 Comments

3 thoughts on “{TENTANG SAYA}

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s