…:::Pencerahan Demi Pencerahan:::…

Image result for alam ghaib

 

Diari Seorang Perawat…

Pagi Tadi Menggantikan ‘Sifu’ Merawat Di PRK Tampin…Ada Seorang Pesakit Datang…Dan Terus Bertanya…”Boleh Scan Ka Ustaz?!”…Kami Senyum Dan Membalas…”Boleh…Insya-Allah”…

Sedikit Pencerahan…
Kaedah Darussyifa’ Yang Kami Belajar Tiada Istilah ‘SCAN’ atau ‘Boleh tahu berapa ekor jin atau syaitan’ dalam badan orang/rumah…Kami Dididik Dengan Menghafaz 33 Ayat RuQyah Dan Menjadi Amalan Setiap Hari sebagai Pendinding…Lalu Kami Akan Bacakan Dengan Sebaik Mungkin…Jika Ada Gangguan…Saya ULANGI Jika Ada Gangguan, Pesakit Akan Memberi Respon…

Nak Tahu Bagaimana Respon Pesakit?! Mai la Datang Darussyifa’…🤗

{Kita Ikhtiar, Allah Penyembuh}

 

KETEGASAN TUAN GURU DALAM ISU SAKA

Pernah sekali saya lihat TG betul2 bengang… semasa merawat seorang kakak dgn anaknya…kakak tu sebut,”Sebelum ni saya pernah berubat dgn seorang ustaz, dia kata dia anak murid ustaz (TG), dia kata anak saya dan saya ada SAKA…”. Serta merta berubah air muka TG…selepas melepaskan keluhannya beliau berkata, “Beritahu ustaz tu kata kat dia DIA BUKAN ANAK MURID SAYA..” .. Buat pertama kali saya lihat TG marah…sebab itu saya dan rakan2 perawat Darussyifa’ sangat berhati2 dlm soal ini… janganlah sewenang2nya beritahu pesakit pasal SAKA-SAKA ni..sebab seperti yg TG pesan..apabila kita kata seseorang itu ada SAKA maknanya kita telah menuduh ayah,ibu, datuk atau nenek serta keturunannya pernah melakukan perkara SYIRIK dan tuduhan tersebut ada pertanggungjawabannya…Nauzubillah

Kredit Ust Ikmal Zaidi Hashim

 

Soalan Yang Kerap Ditanya…

“Ustaz, Rumah saya ada gangguan…berapa banyak ye ustaz nampak ‘jin’??”

Saya Belum Pernah Jemu Jawab…

“ Dalam Kaedah Rawat dan Pulih Rumah Yang Kami Belajar Dalam Ilmu Perubatan Islam Darussyifa’, Kami Tidak Diminta Untuk Mention tentang kehadiran jin di rumah pesakit…kami just hadir dan berdoa zikir solat hajat…selainnya kita serahkan kepada Allah SWT…” ini tatacara Rawat Dan Pulih Rumah jika ada gangguan:-

Sediakan:
Garam Kasar
Lada Hitam
Air Paip
(Sediakan Mengikut Keluasan Rumah)

Tatacara Rawat Dan Pulih Rumah Darussyifa’
* Solat Maghrib Berjemaah
* Solat Ba’diah Maghrib
* Solat Hajat Berjemaah
* Bacaan Yassin & Zikir Darussyifa’
* Solat Isyak Berjemaah
* Rawat Dan Pulih Rumah

p/s: Sekali lagi saya Tegaskan…Ini Kaedah Darussyifa’, Kaedah Lain Saya Tidak Tahu…Berubatlah, Berikhtiarlah Selagi Ia Menurut Syarak…Dan Yakinlah Allah Yang Menyembuhkan…

Diari Seorang Perawat…👳🏻‍♀️

 

Bismillah…

Soalan Feveret Ketika Pesakit Datang Ingin Merawat….

{Ustaz, Rumah saya panas, rasa kurang enak, rasa seperti ada benda yang menganggu…Rasa2 ustaz nampak tak ada berapa ekor jin dalam rumah ni? Ustaz dengan penuh confident menjawab…dihadapan pintu ada 3 ekor jin, dekat tiang tengah rumah ada 5 ekor jin dan dekat bahagian dapur ada 4 ekor…setiap ekor klu nak ‘buang’ RM1k…anda percaya?! Tidak…Namun ada yang percaya…Ustaz ka, kiyai ka, hebat macam mana pun orang tu dio tidak mampu melihat jin serta bangsanya…(baca ayat Al-Quran di akhir tulisan ini nanti)

Pencerahan:-
•Jika ada ustaz atau perawat yang boleh melihat jin ada dua sahaja kemungkinan (boleh rujuk video yang saya akan posting nanti dibawah)….
1) Ustaz/perawat ini sedang berdusta
2) Ustaz dan perawat ini ditubuhnya sudah bersarang jin. Maka Ustaz/perawat inilah yang perlu diruqyah.

“Sesungguhnya Syaitan dan Kaumnya melihat KAMU DENGAN KEADAAN YANG KAMU TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA. Sesungguhnya Kami Telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. (Surah Al-A’raf Ayat 27)

Silakan Share…
DIARI SEORANG PERAWAT

Posting Akan Datang
(Bolehkah Kita Mencari Jin/Syaitan?)

…:::Anakku Sayang:::…

Anakku…

Mengajilah Supaya Tidak Dikeji,

Mengajilah Bukan Pula Untuk Dipuji,

Mengajilah Rendahkan Diri,

Mengajilah Setulus Hati…

Mengaji Pasti Diuji,

Mengaji Jangan Berhenti,

Mengaji Seluhur Budi,

Mengaji Selamanya Disanjungi…

Duhai Anakku…

Usah Leka Permainan Dunia,

Kekadang Elok Kekadang Hina,

Penuhi Masa Dan Usia,

Sabda Nabi Sematkan Dijiwa…

Wahai Anakku…

Biar Terluka Jangan Terhina,

Akhirat Itu Kekal Selamanya,

Syurga Neraka Allah Cipta,

Lakarlah Ia Dengan CINTA…

Yang Menyayangimu,

NicenizaR (Abimu)

Pesan Untuk R.E.M.A.J.A

Salam Ukhwah Fillah…

Salam Remaja Hari Ini, Esok Dan Selamanya…

Imam Syafie berkata:- “Jika ADA Seseorang Yang Ingin Menjual Dunia Ini Kepadaku Dengan Nilai Sekeping Roti, Nescaya AKU Tidak Akan Membelinya…..” Kata Imam Syafie Lagi….”Bila Kamu Tidak Tahan Penatnya Belajar, Maka Kamu Akan Menanggung Peritnya Kebodohan”

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahu Akbar…

Nasihat Untuk R.E.M.A.J.A

  1. Kurangkanlah Hiburan…Sikit-Sikit Sudahlah…Lebihkan Baca Al-Quran…
  2. Jaga Posting anda di FB or laman sosial…Kaki terseliuh pun post, nak mandi post, susu xde lepas bersalin pun post (Peringatan untuk saya juga…)
  3. Santuni Ulama dan Beradab dengan mereka…Lazimkan diri minta Nasihat dan Doa Dari Mereka…Ada Segelintir remaja sanggup tunggu artis korea berjam-jam…Duduk dengan Ulama tak sampai satu minit…Allahu Rabbi…
  4. PRU Nanti, undilah calon yang jaga SOLAT…kerana bila calon itu jaga SOLAT, pasti semua perkara dia jaga.
  5. Bagi yang dah berumah tangga…nak post gambar dengan pasangan boleh…Cuma pastikan, isteri anda dibelakang anda wahai suami…hanya nampakkan kepala isteri sahaja…jaga-jaga, takut jadi fitnah….
  6. Duhai Remaja, Anda tunggak Negara pada Masa Akan Datang! Agama, Negara Dan Bangsa Perlukan Anda…Maka Jagalah SOLAT, Pasti Agama, Negara Dan Bangsa Tidak Akan Runtuh!
  7. Kurangkan cerita bercakap hal-hal duniawi…Lebihkan cerita hal-hal Akhirat…Best, Tak Percaya Cubalah!
  8. Kurangkan Ketawa Terbahak-bahak, bersukaria…lupa pada mati kerana semua itu bisa mematikan hati…Jom Hati-Hati Jaga HATI!

 

“BERAPA Ramai ManusiA Yang MAsih HiduP DalAM Kelalaian, Sedangkan Kain Kafannya Sedang Ditenun…”

Imam Syafie…:-)

Cr Khairulniza Bin Mohd Salleh

Kaunselor KB,PA

Sang Penyair Abe Cute

{Jemputan Ceramah….011 3723 1927}

…:::RENUNGILAH:::…

dados

 

Sebuah Perjalanan Hidup…

Situasi Di Sekolah Menengah…

Ustaz, SPM saya cukup-cukup makan… Rasa xdpt masuk universiti… Em…. Ngadu sy pada Almahrum Guru saya ketika mengambil slip SPM sambil melihat keputusan SPM saya…

Tidak Mengapa… Sejak tingkatan satu awak belajar kat sini, saya nampak awak punya kekuatan cenderung kepada Agama…akademik awak bukan xbaik… Cuma maybe kena usaha lagi… Saya cadangkan Awak ambik STAM… Saya doakan awak berjaya… Allahu Rabbi…

 

Sambungan…. “Sebuah Perjalanan Hidup 2”

Sambil memegang bahu saya… Almahrum Guru saya berkata… Nizar, semoga apa sahaja ilmu yang awak dapat di sini (SMAQD)… Gunakan ke Arah Kebaikan… Jaga Akhlak… Tanpa Akhlak kita tidak akan kemana..Allahu Rabbi.. Gugur Airmataku ini…

Benar, berkat Doa Ibu Bapaku Serta Guru-Guruku… Akhirnya Saya Menyambung Pelajaran Di Maahad Johor Dengan Mengambil STAM… Dengan Izin Allah, saya dapat Jayyid Jiddan… Allahu Rabbi… Masa tu saya ambik keputusan bersama adik saya yang bongsu… Kami berjalan hampir 5KM dari Pejabat Pos JB ke Maahad Johor kerana Ketika Itu, tiada bas yang lalu depan Maahad Johor…

Ketika Perjalanan Pulang Dari Maahad Johor, Saya Menahan Tangisan Saya… Saya Tahan semampu mungkin… Rupanya Pelangi sedang muncul dalam hidup saya… Sedangkan semasa mengambil keputusan SPM yang lalu saya cukup risau tidak dapat lagi menyambung pengajian saya…

Wahai adikku yang ku kasihi… Ketahuilah, anda berhak berjaya… Jgn putus asa… Allah ada disetiap kesusahan adik-adik…Jom Belajar

Sebuah Perjalanan Hidup 3

Sepanjang perjalanan menuju ke Rumah, saya dapat bayangkan senyuman mama dan ayah saya…saya pernah lukakan hati mereka dengan keputusan SPM namun kali ini saya yakin Keputusan STAM ini akan membuat mama dan ayah saya menangis kegembiraan…Sahabat, ada ketika semasa saya sedang menjawab peperiksaan saya tiba-tiba blur, saya buntu namun lebih kurang 10 minit saya terus boleh menjawab semula malah lebih lancar dari sebelum ini…Nak tahu kenapa, saya yakin itu doa mama dan ayah saya ketika saya buntu…Allahu Rabbi…Doa mereka tiada HIJAB dengan Allah…Saya yakin Saya Yakin Saya Yakin…

Sesampai dirumah, airmata saya bergenang mata saya berkaca…saya buka pintu perlahan-lahan kerana takut adik beradik saya tidur. Em, mama saya mengasuh anak orang boleh tahan ramai jugak, boleh buat team bola sepaklah…hehe…Rupa-rupanya mama saya sedang memakaikan lampin kat adik saya…saya lihat mama saya, mama saya dapat rasa saya lulus cemerlang, airmata mama saya bergelinangan…dengan izin Allah, airmata saya bercucuran…Saya cakap kat mama saya, “abang tak pandai tapi ini yang dapat abg bagi…”…mama saya jawab, “Alhamdulillah”…Saya peluk mama saya, airmata saya deras bergelinangan…Terima Kasih Ya Allah…

Insya-Allah, Saya akan sambung nota hati untuk terapi ini…nak mengajar Tajwid jap…Jom…:-)

Salam 15 Ramadhan,

Isnin, 20 Jun 2016, 9.35AM

PUSAT KAUNSELING MAINS REMBAU

KALI TERAKHIR KU LIHAT AL-QURAN…

al-quran

Assalamualaikum…
Salam Istiqamah, Pejuang Pendakwah Takkan Berhenti Menyebarkan Risalah Rasulullah SAW…

Sahabat, Teman Yang Dimuliakan Allah SWT Sekalian, Suatu Persoalan Yang Kita Kena Tanya Hari-Hari Pada Diri Kita….Bila Kali Terakhir KITA Membaca Al-Quran??! Ada Yang Menjawab Dua Jam Lepas, Semalam, Seminggu Lepas, Dua Bulan Lepas, Tujuh Bulan Lepas, Paling Sedih Setakat Hari Ini Jawapannya Adalah SETAHUN Lepas…Allahu Akbar! Sahabat Sekalian, Mengapa Terlalu Lama Tidak Membaca Al-Quran? Sibuk Ka? Hidup Kita 24 JAM Tuan-Tuan…Orang Kaya 24 Jam, Orang Miskin 24 Jam…Tiada Beza…

Cuba Dengar KALAM HIKMAH Ini:- “Rasailah Kemanisan Dalam Tiga Perkara:- KETIKA BERSOLAT, MEMBACA AL-QURAN atau BERZIKIR. Jika Kamu Merasainya, Bergembiralah. Namun Jika Kamu Tidak Merasainya, Ketahuilah Bahawa PINTU HATIMU TELAH TERTUTUP” (HASSAN BASRI)

Nah! Terasa Tidak Dengan Kata-Kata Imam Hassan Basri Tersebut?!

Allah SWT Turunkan Al-Quran Untuk Menjadi Panduan Lengkap Bagi Kita Sebagai Umat ISLAM Di Bumi Allah Ini.

Allah SWT Berfirman:-“Sungguh Kami Telah Mudahkan Al-Quran Untuk Dijadikan Peringatan, Maka Adakah Sesiapa Yang Hendak Mengambil Peringatan Daripadanya?” (Surah al-Qamar: 17)

Ibn al-Qayyim Pula Berkata:- “Jika Engkau Ingin Mendapat Manfaat Daripada Al-Quran, Maka Fokuskan Hatimu Ketika Membaca Dan Mendengarnya. Dan Hadirkan Hatimu Seperti Orang Yang Sedang Diajak Berbicara Oleh Allah. Sesungguhnya Allah Sedang Berbicara Kepadamu Menerusi Lisan Rasul-Nya.”

Ketahuilah Wahai Sahabat Semua…Apabila Hati Mencintai Al-Quran:-

• Suka Melihat Dan Mendengar Al-Quran
• Tahan Membacanya Dalam Masa Yang Lama
• Rindu Apabila Berpisah Walau Hanya Sebentar
• Selalu Merujuk Kepadanya Dalam Setiap Perkara
• Suka Membincangkannya Bersama Ahli Al-Quran

Semoga Kita Sentiasa Dekat Dengan Al-Quran Kerana Al-Quran Ialah Mukjizat Terbesar Rasulullah SAW. Hidupkanlah Sunnah Nabi Kita Agar Di Akhirat Kelak Kita Bersama-sama Rasulullah Yang Kita Cintailah…Buktikan Cintamu Sahabat Dengan Mencintai Sunnah Rasulullah SAW…Ayuh, Mulakan Sekarang!

Coretan Secebis Rasa,
Kita Hamba, Memang Layak Diuji!
NicenizaR

Marahlah Demi Sakinah!

DSC_0021

Salam Sayang, Salam Rindu, Salam Satu Ummah…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat Dan Salam Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh Ahli Keluarga Baginda. Alhamdulillah, berkesempatan menulis semula dalam Blog selepas lama menyepi…Sahabat yang dirindui, Rasulullah SAW Bersabda:- “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah SWT memudahkan baginya jalan menuju ke syurga” (HR Muslim).

Berjuanglah mencari Ilmu sedaya mungkin, berjuanglah selagi mampu, berjuanglah demi Agamamu…Berjuang perlu ada Marah namun berjuang BUKAN  kerana MARAH! Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:- “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Ali ‘Imran 3: 133-134).

Usah Marah melulu Sahabat, Usah Marah Terburu-buru…Kelak diri anda yang MALU!

ORANG KUAT

“Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam pegaduhan tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan perasaan marahnya.”

(HR Bukhari & Muslim)

ALLAH REDA

“Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama di sisi Allah, daripada meneguk kemarahan kerana mengharap keredaan Allah.”

(HR Ahmad)

DAPAT AMAN & IMAN

“Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah kecuali Allah akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan.”

(HR Abu Dawud)

WASIAT TERBAIK

Seseorang berkata kepada Nabi: berwasiatlah kepadaku. Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.” Kemudian diulang-ulang beberapa kali. Dan Baginda bersabda: “Janganlah engkau marah.”

(HR Bukhari)

Kawal Marah Anda, Jaga Marah Anda, Marahlah Bila Perlu…Marahlah Demi Sakinah!

Kita Hamba, Memang Layak Diuji!

Cr Khairulniza Mohd Salleh

Jumaat, 14 Ogos 2015, Pusat Kaunseling MAINS.

KISAH DISEBALIK FACEBOOK…

 

1393696600_1377857451

 

HATI-HATI DENGAN “HATI”, BACA DENGAN “HATI”

“Sesungguhnya apabila AKU menasihati kamu, bukanlah AKU terbaik dikalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana AKU juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan…”

(Imam Hasan Basri)

Sahabatku, Saudaraku, Kawanku, Rakanku, Semua Yang Mengenaliku…Maafkan diriku menegur…Inilah Sebuah bingkisan RINDU untuk dirimu supaya dapat disampaikan kepada seluruh sahabat handai…Maaf sekali lagi…Rindu ANDA Semua kerana ALLAH SWT…J

Assalamualaikum…Salam Sayang, Salam 1 Ummah…

(DUNIAKU DAKWAHKU)

{Mark Elliot Zuckerberg lahir pada 14 Mei 1984 yang menjadi CEO Facebook pada mulanya seorang pengaturcara computer dan perniaga internet seperti diketahui adalah seorang Yahudi. Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan teman sekuliahnya, iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard}

~Faktanya: Sudah hampir 10 tahun Facebook berkembang, tahun ini Zuckerberg berusia 30 Tahun, bermulanya facebook 2004 saya berusia 17 tahun (Masih remaja). Nah, ini FAKTA bukan AUTA!~

{Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dalam bahasa Melayu, Tembok Ratapan. Di Dinding itu mereka menagisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Tembok Meratap atau Tembok Barat adalah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman a.s putera Nabi Daud. Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian daripada dasar binaan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Omar dan diyakini sebagai gerbang tempat berangkat Nabi Muhammad SAW dari Baitulmuqaddis ke Syurga (Mikraj) dengan menaiki Buraq}

{Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Arab: Sakinah) (Kehadiran Ilahi). Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan. Tembok ini dulunya dikenali sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut “Tembok Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan}

~…….Ada yang sudah TERASA???~

{Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas lalu disisipkan pada celah-celah dinding itu. Hati-hatilah sahabat, tanpa kita sedari, mungkin kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada Allah SWT, lebih mengutamakan “update” status daripada bersolat dan zikir kepada Allah SWT.}

~Nah, macam mana sekarang???Bukan perli, ini realiti!~

KEBURUKAN PERMAINAN ONLINE FACEBOOK

(Niat Tersembunyi KAFIR LAKNATULLAH)

<Pernahkah anda semua terfikir mengenai natijah bermain permainan di Facebook? Apakah muslihat mereka untuk memesongkan akidah Umat ISLAM?>

~Sahabat Yang Baik….Berhati-Hatilah…Dunia Ini Hampir Ke Perhujungnya…Macam-macam fitnah boleh tercipta! Tolong semua bantu UMAT ISLAM Di Dunia Ini…Bantulah Semampu MUNGKIN…~

{Terdapat banyak contoh yang berlaku apabila seseorang itu KETAGIH bermain permainan tersebut. Hampir semua aplikasi permainan yang terdapat di facebook berunsur kafir. Antaranya yang popular Farmville, Frontierville, Happy Aquarium, Texas Poker, Barn Buddy, Nightclub City dan lain-lain}

{Secara halus mereka cuba untuk memesongkan akidah Umat ISLAM dengan permainan mereka. Mereka seringkali membuat kempen-kempen terbaru bertemakan budaya Kristian. Antaranya kempen mereka ialah Thanksgiving, Easter Day, Christmas, Good Friday. Anda diminta oleh mereka untuk menghantar dan meminta sesuatu “gift” tersebut, anda dianugerahkan hadiah atau kenaikan level. Itu yang anda Nampak, namun sudut yang anda tidak nampak, bagaimana pula?}

 {Tanpa anda sedari, anda sebenarnya telah mempromosi agama anutan mereka kepada rakan-rakan anda. Tanpa anda sedari anda telah membudayakan agama mereka kepada yang lain. Ini membuatkan Umat ISLAM lebih mengingati HARI KEBESARAN mereka daripada HARI KEBESARAN Umat ISLAM sendiri….Fikirkanlah Wahai Sahabat SEMUA…}

DUNIAKU.DAKWAHKU

nicenizar a.k.a Sang Penyair…

 

{Si Comelku, Amanah Dari-Nya}

IMG_20130901_180103

Assalamualaikum Semua Sahabat…Dengan Penuh Rasa bersyukur, saya panjatkan kepada Allah SWT kerana memberi nikmat yang sangat BESAR pada saya. Moga-moga saya terus diberi kesihatan untuk berdakwah dijalan-Nya. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Selawat & Salam Buat junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang sentiasa merindui KITA Semua. Ya Rasulullah, KAMI Sangat Merinduimu…SYAFAATKANLAH KAMI…:-)

KATA-KATA ALUAN

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah memberikan saya ZURIAT. Saya akan pegang AMANAH ini untuk saya didik menjadi INSAN SOLEHAH, Insya-Allah. Bersyukur saya kerana NUR AMNI BATRISYIA BINTI KHAIRULNIZA Sudah berusia 3 Bulan Lebih. ABI DOAKAN AGAR AMNI Terus membesar dengan Sihat & Sentiasa Dipayungi Rahmat Kasih Sayang-Nya. Untuk Semua Sahabat-Sahabat saya ada sedikit bingkisan untuk saya KONGSIKAN Dengan ANDA, moga-moga bermanfaat untuk kita bersama. Amin Ya Rabbal A’lamin…:-)

PESAN PADA DIRI, DOA SENJATA TERPUJI

Melihat dari susuk tubuh ANAK Saya yang sedang lena (GAMBAR), saya terpanggil untuk berkongsi kegembiraan atas KURNIAAN ALLAH SWT Yang Sangat Bernilai INI. Seperti Saya Katakan DULU, ANAK Adalah ANUGERAH, Bukan HAK MILIK! Jagalah Sebaiknya…Sentiasa Beri Bimbingan Pada ANAK Itu kerana IBU BAPALAH Yang mencorakkan anak itu menjadi SIAPA Suatu Hari Nanti. DOA, DOA, DOA…SENJATA YANG Tak Pernah Lekang Dari Ucapan Setiap Orang ISLAM Yang Inginkan Apa-Apa HAJAT Dari-Nya. Tatkala saya diuji berjauhan dengan ANAK & ISTERI, adakalanya terdetik RINDU dihati…Namun Saya YAKIN & PERCAYA, ALLAH SWT Lebih Rindukan RINTIHAN SAYA Untuk MENGADU Pada-Nya. Teruskan BERDOA, Insya-Allah BERJAYA!

SENTIASA POSITIFKAN DIRI

Saya pernah disapa oleh seorang Tetamu saya ketika saya memberi “Ceramah” tentang (Anak Aset Berharga). Katanya, “Ustaz, saya teringin sangatkan Zuriat. Sudah Tujuh Tahun Bernikah, namun masih ‘belum’ ada tanda-tanda ingin menimang cahaya mata.” Saya lantas berkata, “Sabar Puan….”. Saya nampak dia menunduk ke bawah. Dia berkata dengan nada sedih, “Macam-macam sudah saya cuba, begitu, begini, namun masih tidak langsung membuahkan hasil”. Oleh kerana saya ingin pulang ke rumah kerana Hari Sudah lewat malam, saya meminta Puan Tersebut hadir ke Pejabat Saya untuk berbincang. “Insya-Allah, Saya datang nanti…” balas puan tadi sambil tersenyum…:-)

ANAK ANUGERAH ALLAH, TARBIYAHLAH…

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu berlalu datang seorang wanita yang kemas pakaiannya serta sopan perwatakkannya. Saya hampir tidak mengenali beliau…Ya Allah, rupa-rupanya Puan ini yang saya temui ketika saya Ceramah minggu lepas berkaitan (Anak  Aset Berharga). Kata-kata pertama yang keluar dari percakapan wanita tadi ialah, “Alhamdulillah Ustaz, saya sudah berbadan dua…” katanya dengan penuh ceria. Terima Kasih Ustaz Atas Doa…:-) Allahu Rabbi, besar sungguh nikmat Allah SWT pada wanita ini. Saya membalas, “Sama-Sama puan, ini semua Anugerah ALLAH…Tarbiyahlah…” kata saya sambil menadah tangan.:-)

JANJI KHALIFAH, TERUSKAN BERUKHWAH

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar 
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar 

Ya Allah, Permudahkanlah Urusan UMAT ISLAM Hari Ini, Esok & Akan Datang…Amin Ya Rabbal ‘Alamin…Kami Sayang Allah, Kami Rindu Rasulullah, Teruskanlah Berukhwah…:-)

Terima Kasih Ya ALLAH,

ABE.CUTE EDUCATION (Si Comelku, Amanah Dari-Nya)

1 Oktober 2013, Selasa 9.01a.m

Sambil Menjaga Puteri Comelku…hihi

Jom Relaks Dengan SOLAT!

Tazkirah Ummah

Sayidatina Aisyah r.ha. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak ada suatu duri dan yang lebih daripadanya menimpa seorang Mukmin melainkan Allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan (musibah yang menimpanya).”

(Riwayat Muslim)

“Apabila seorang hamba melakukan maksiat, Allah akan membencinya. Dan jika Allah membencinya, Allah akan membuat semua manusia membencinya.” ~Abu Darda’ 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT atas pemberian NAFAS yang sangat berHARGA sehingga ke hari ini. Selawat & Salam ke ATAS junjungan BESAR, Nabi Muhammad SAW…Nikmat terbesar dalam diri setiap insan iaitu Nikmat IMAN & ISLAM…Sesungguhnya Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui Segala-galanya. Semoga sedikit coretan hari ini memberi sedikit sebanyak titik tolak untuk sama-sama kita berubah dan memperbaiki diri serta bermuhasabah diri supaya lebih cemerlang dan terbilang sebagai MUKMIN Sejati. Amin Ya Rabbal A’lamin…:-)

Sungguh Malang jika seseorang berkata, “Saya sudah SOLAT, tetapi sampai sekarang masih gagal dalam kehidupan”, lebih malang lagi yang berkata, “Saya tidak pernah solat langsung, tetapi tengok saya sekarang! Nah, saya telah berjaya serta kaya…!” Allahu Akbar…Sungguh BONGKAK berkata sedemikian! Ingat, sampai bila kita boleh BERJAYA & KAYA tanpa SOLAT?? Sedangkan kita sediri telah mendengar kalimah AZAN yang bermaksud “MARILAH MENUJU KEJAYAAN”. Betul Tidak?? 

So, inilah buktinya bila kita Melakukan SOLAT, Kita AKAN BERJAYA dengan Izin ALLAH SWT. Usah terpedaya dengan hasutan SYAITAN Yang sentiasa membawa manusia ke Arah KEBURUKAN…

Saudara Saudari Yang Di Rahmati ALLAH SWT Sekalian,

Apabila Rasulullah s.a.w menyuruh Sayidina Bilal r.a. mengumandangkan azan, Baginda akan berkata: “Wahai BILAL, rehatkan kami dengan SOLAT.” (Riwayat Ahmad)

Melalui hadis di atas, Rasulullah menegaskan bahawa solat adalah satu kerehatan bagi sesiapa yang menunaikannya. Satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Huzaifah: “Apabila Rasulullah mengalami kesulitan, Baginda akan segera mengerjakan SOLAT.” (Riwayat Ahmad & Abu Daud). Tindakan yang Rasulullah SAW lakukan ini bertepatan dengan Firman ALLAH SWT dalam Surah al-Baqarah 2:45 :- “Dan Pintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”.

BUKTI SOLAT MEMBERI KEREHATAN

HATI TENANG MENGHADAPI UJIAN

Solat itu TIANG Agama. Solat ialah sebesar-besar dan seutama-utama zikrullah. ALLAH SWT berfirman dalam (Surah Taha 20: 14) “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

MENDAPAT JAGAAN ALLAH SWT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jagalah ALLAH, ALLAH akan menjaga kamu.” (Riwayat Ahmad)

Sahabat Sahabat Sekalian…Jika kita buntu, ALLAH Pasti BANTU! Syaratnya Selalulah Mengadu ‘MASALAH’ kita pada-Nya kerana apa? Kerana ALLAH SWT MAHA MENDENGAR, dan DIA tidak pernah JEMU Mendengar PENGADUAN Kita…Hebat BUKAN?? Ya, Kita HEBAT Dengan Bantuan & Pertolongan ALLAH SWT. So, Jangan sombong kerana kita TINGGAL di BUMI ALLAH SWT Yang Sangat LUAS ini. Senantiasalah Bersyukur Dan Terus Bersabar Dengan Ujian serta Dugaan Dari-Nya kerna Kita HAMBA, Memang Layak Diuji!

Salam Sayang Dari Saya…

NicenizaR.Naemah.NurAmni

…Renungan Ramadhan 1434H…

 

Ramadan-Mubarak-Wallpaper

RENUNGAN RAMADHAN

(AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN)

Assalamualaikum Semua Sahabat Serta Pembaca Setia Blog Tinta Berbicara…J

Sudah hamper seminggu kita menyambut kehadiran Bulan yang penuh kemuliaan serta keampunan ini. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk terus ISTIQAMAH dalam mencari Rahmat Allah SWT. Macam mana dengan PUASA Sahabat semua? Teruskan Bersabar dan Berdoa, Moga KETABAHAN tetap milik kita. Sahabat, sesungguhnya selalu kita mendengar tentang segala KEHEBATAN yang Allah SWT kurniaan pada setiap hamba-Nya yang benar-benar BERIMAN kepada segala TAKDIR Allah SWT. Maka, setiap yang kita lakukan akan diGANDAkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadhan Yang Mulia ini. Jom, ikuti sedikit perkongsian dari penulis tentang TUJUH PERKARA Yang Membawa KEMULIAAN…:-

Sesiapa yang memelihara tujuh perkara, dia akan menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT dan dihadapan malaikat dengan perkara berikut:-

 

  • Diampunkan dosa meskipun sebanyak buih di lautan.
  • Merasakan nikmat ketika melakukan ketaatan.
  • Hidup dan mati dalam kebaikan.

 

Tujuh (7) perkara tersebut ialah:-

 

  1. Membaca Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara.
  2. Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.
  3. Beristighfar apabila melakukan setiap perkara yang tidak bermanfaat.
  4. Melafazkan Insya-Allah apabila berjanji tentang sesuatu hal.
  5. Membaca hawqalah (la hawla wa la quwwata illa billah) setiap kali mendapat sesuatu yang tidak disukai.
  6. Mengucapkan inna lillah (inna lillah wa inna ilaih raji’un) pada setiap musibah.
  7. Melafazkan Syahadah (la ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah) pada waktu siang dan malam.

 

Teruskan mengharap RAHMAT ALLAH SWT…J

RAHMAT ALLAH MELIPUTI SEGALA SESUATU

 

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (jika tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya, rahmat Allah dekat dengan orang yang memperbaiki amalannya.” (Surah al-A’raf 7:56)

 

  

TIGA KATEGORI GOLONGAN YANG SELALU MENGHARAP RAHMAT ALLAH SWT

 

“Sesungguhnya, orang yang beriman, berhijrah dan berjuang di jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) ialah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah 2:218)

 

 

PERINTAH ALLAH SWT KEPADA MANUSIA UNTUK SELALU MENGHARAPKAN RAHMAT ALLAH SWT

 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya kamu tidak membuat dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa. Lalu, mereka memohon keampunan kepada Allah dan Dia memberi keampunan kepada mereka.” (Riwayat Muslim)

 

 

Teruskan BERZIKIR, Teruskan BERFIKIR!

Luar Biasa SUNGGUH kekuatan ZIKIR, Luar Biasa SUNGGUH kekuatan FIKIR…

SEMOGA Hati & Lidah KITA Tidak Jemu untuk senantiasa BERZIKIR Kepada Allah SWT!

 

SALAM RAMADHAN 1434H

Renungan Ramadhan, Rindumu Ramadhan…J

Abe.Cute Production ©